in

“Seram” – Bukan M’sia Je, Ini 7 ‘Sinkhole’ Terbesar Pernah Terjadi Di Seluruh Dunia

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lepas telah berlaku satu kejadian menyedihkan apabila seorang pelancong dari India telah terjatuh ke dalam sinkhole di Masjid India ketika sedang berjalan di kawasan pejalan kaki. Sehingga kini, wanita tersebut masih gagal ditemui walaupun pelbagai usaha untuk mencari mayat wanita ini telah dilakukan.

Ekoran dari kejadian ini, ramai yang meluahkan rasa simpati dan risau dengan keadaan di Kuala Lumpur. Malah ada pelbagai teori muncul di media sosial berkenaan struktur tanah di Kuala Lumpur yang dikatakan sudah tidak selamat didiami.


Walau bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif menafikan dakwaan itu dan telah mengaktifkan pasukan petugas dalam menjalankan kajian terperinci mengenai keselamatan di ibu negara.

Sinkhole

Korang tahu tak sebenarnya banyak kejadian tanah jerlus yang telah berlaku di seluruh dunia? Ia merupakan salah satu fenomena semula jadi yang dianggap menakjubkan namun menakutkan. Pembentukan geologi ini berlaku apabila terjadinya tanah runtuh yang mewujudkan lekukan besar yang bervariasi dalam kelebaran dan kedalamannya.

Walaupun sesetengah sinkhole terbentuk secara perlahan dari masa ke semasa, ada juga yang muncul secara tiba-tiba dan menelan semua benda yang ada di atasnya seperti pokok, bangunan atau orang.

Jadi untuk artikel kali ini, apa kata kita tengok keajaiban semula jadi yang boleh ditemui di seluruh dunia dengan ciri dan cerita uniknya yang tersendiri.

Artikel berkaitan: Pasukan SAR Pam Air Kumbahan Untuk Mencari Mangsa Tanah Jerlus Masjid India

Artikel berkaitan: Kejadian Tanah Jerlus: Ada Gas Beracun Dalam Pembetung, Hanya Seorang Anggota Sahaja Dibenarkan Masuk Untuk Mencari Mangsa

1. Great Blue Hole, Belize

Sinkhole

The Great Blue Hole merupakan sinkhole paling ikonik dan cantik dalam dunia. Terletak di dalam laut di Belize, lubang ini merupakan sebahagian besar dari Sistem Rizab Terumbu Karang Belize serta tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sinkhole yang mempunyai bentuk bulatan hampir sempurna ini berukuran sebenar 300 meter lebar dengan kedalaman 125 meter. Warna biru pekat yang terhasil disebabkan kedalaman lubang ini telah mencipta kontras yang cantik dengan warna laut turquoise di sekelilingnya.

The Great Blue Hole ini telah menjadi tarikan penyelam skuba kerana airnya yang jernih, kedalamannya serta kehidupan laut di sana.

2. Xiaozhai Tiankeng, China

K2Yhn53Qmj6D1

Dikenali sebagai sinkhole terbesar di dunia, Xiaozhai Tiankeng merupakan tarikan semula jadi yang terletak di Daerah Fengjie, Chongqing, China. Lubang benam besar ini mempunyai kedalaman sejauh 662 meter, 511 meter panjang dan lebar 300 meter.

Xiaozhai Tiankeng ini terlalu besar sehingga ia mempunyai iklim mikro dan ekosistemnya yang tersendiri di dasarnya termasuk tumbuhan rare dan haiwan yang boleh hidup dengan keadaannya yang lembab dan terlindung.

Kalau korang nak tahu, sinkhole ini adalah sebahagian dari Geopark Negara Tiankeng Difeng dan merupakan destinasi popular untuk pelancong dan ahli geologi yang tertarik dengan skala besar lubang ini dan signifikasi geologinya.

3. Sima Humboldt dan Sima Martel, Venezuela

Sima Humbodlt And Sima Martel Sd Dvd.original

Di kawasan pedalaman tanah tinggi Venezuela, terdapat dua sinkhole paling dramatik dalam dunia yang dinamakan sebagai Sima Humboldt dan Sima Martel. Dua lubang benam ini terletak di atas gunung Sarisariñama di wilayah Gran Sabana. Sima Humboldt, yang merupakan lubang yang lebih besar berukuran 314 meter dalam dan berdiameter 352 meter. Manakala Sima Martle yang lebih kecil pula berkedalaman 248 meter dan diameter 352 meter.

Kedua-dua lubang ini unik kerana bentuk bulatannya yang hampir sempurna serta hutan hijau yang tumbuh dengan subur di dasarnya. Lebih menarik, kedudukan sinkhole ini terletak di kawasan pedalaman yang sukar untuk diakses sehingga sebahagian besar tempat ini masih tidak dijelajah menjadikan dua lubang ini lebih misteri.

4. Dean’s Blue Hole, Bahamas

Dean’s Blue Hole merupakan sinkhole bawah air kedua terdalam di dunia. Ia terletak di Bandar Clarence, Long Island di Bahamas. Lubang ini mempunyai kedalam 202 meter dan dikenali kerana warna biru gelap yang kontras dengan lautan dalam di sekelilingnya.

Dean’s Blue Hole ini dikenali oleh komuniti selam bebas di mana atlet di seluruh dunia telah berkumpul untuk menguji sedalam mana mereka boleh sampai di dalam gua menegak ini.

Ciri geologi uniknya, termasuklah dinding curam dan gua bawah air yang besar, menjadikan ia satu destinasi yang mencabar dan indah untuk penyelam.

5. Guatemala City Sinkhole, Guatemala

0601 Guatemala Sink Hole

Pada tahun 2010, satu sinkhole yang besar dan menakutkan tiba-tiba berlaku di tengah tengah Bandar Guatemala sekaligus menelan kilang tiga tingkat dan turut meragut nyawa beberapa orang.

Lubang yang berukuran hampir 20 meter lebar dan 60 meter dalam ini berlaku disebabkan oleh fenomena semulajadi dan faktor perbuatan manusia. Hujan lebat dari Ribut Tropikal Agatha digabung dengan sistem perairan yang bocor telah menyebabkan tempat itu runtuh secara tiba-tiba.

Lubang benam ini telah mengejutkan dunia kerana bentuk bulatannya yang hampir sempurna seperti ia telah digali sendiri oleh manusia. Ia juga telah menjadi satu peringatan kepada bahaya yang akan berlaku di kawasan-kawasan yang padat dengan manusia. Macam Kuala Lumpur ke? Tachod!

6. Dragon Hole, China

5A857E50 5182 4D73 8214D115B4Ec96F3 Source.jpg

Dragon Hole yang juga dikenali sebagai “Mata Laut Cina Selatan” ini merupakan sinkhole dalam air terdalam di dunia. Ia terletak berhampiran Pulau Paracel di Laut Cina Selatan. Lubang ini mempunyai kedalaman 300.89 meter dan telah menarik perhatian saintis seluruh dunia.

Ini kerana, lubang benam ini dikatakan mempunyai ekosistem hidupan laut yang unik di kawasan paling dalam di mana sinaran matahari pun tak boleh nak menembusinya.

Nelayan-nelayan tempatan telah menganggap tempat tersebut sebagai tempat suci di mana lagenda mengatakan bahawa ia mempunyai kaitan dengan makhluk mitos, Raja Naga. Kedalaman dan daya tarikan misteri Dragon Hole menjadikannya ciri semula jadi yang ketara dalam dunia marin.

7. Bimmah Sinkhole, Oman

Bimmah Sinkhole Oman F 148851488 Jpeg 69888

Bimmah Sinkhole merupakan tempat berenang semula jadi yang terletak di wilayah Al Sharqiyah, Oman berhampiran pantai Teluk Oman. Sinkhole yang dikenali oleh orang tempatan sebagai Hawiyat Najm yang membawa maksud “Bintang Jatuh” ini berukuran 40 meter lebar dan 20 meter dalam.

Airnya yang berwarna turquoise ini merupakan campuran air laut masin dan air tawar. Ia telah menjadi tarikan kepada orang tempatan dan pelancong yang datang ke sana untuk berenang di dalam kolam yang sejuk dan jernih ini.

Sinkhole ini juga dikelilingi oleh pemandangan bukit bukau dan padang pasir yang cantik menjadikan ia lokasi yang sempurna untuk berkelah. Bimmah Sinkhole ini merupakan contoh kejadian geologi unik yang boleh ditemui di Oman.

Sumber: Live Science

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.