in

Seorang Lelaki Ditahan Terlibat Kes Gangguan Seksual Di Stesen MRT Kajang

Diganggu Lelaki Di Stesen Mrt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes gangguan seksual melibatkan seorang mangsa di stesen MRT Kajang baru-baru ini.

Lelaki tersebut telah ditahan oleh polis pada Sabtu susulan satu hantaran di platform Threads mengenai kejadian itu.


Kes Gangguan Di Mrt Kajang

Difahamkan, kejadian gangguan seksual itu telah berlaku pada Khamis sekitar jam enam petang ketika mangsa iaitu seorang wanita sedang menunggu di kawasan terbuka di pintu masuk stesen MRT itu untuk dijemput oleh ibu bapanya.

Artikel berkaitan : 2 Guru Tular Terlibat Salah Laku S*ksual Digantung Tugas – JPN Kedah

Artikel berkaitan : Pegawai Polis Terkejut, Jumpa Mesej Berbaur S*ksual Dalam Telefon Bimbit Anak Perempuan 14 Tahun

Menurut mangsa, dia hanya sedar bahawa suspek berada di belakang tempat duduknya setelah badannya disentuh oleh lelaki tersebut, lapor Sinar Harian.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri namun berjaya diberkas oleh pihak polis beberapa hari kemudian.

Menurut Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof iaitu Ketua Polis Daerah Kajang, setelah berjaya ditahan, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.