in

Sentuh Isu 3R Ketika Berkempen, Muhyiddin Yassin Akan Disiasat Bukit Aman

syaz ft 2024 08 19T110107.799

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, tular sebuah isu di mana Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dalam satu kenyataan meluahkan rasa murka kepada mantan Perdana Menteri Malaysia (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Difahamkan, bekas PM itu secara sengaja dan sinis mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.


Artikel berkaitan: Bungkusan Kecil Berbalut Benang Disyaki Buhul Sihir, Ditemui Atas Pusara Bapa Muhyiddin Yassin

Artikel berkaitan: “No wedding, takde kahwin” –  Tengku Hassanal Minta Orang Ramai Hormati Privasi Berkaitan Soal Perkahwinan

2767625

“Kenyataan beliau ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan ini juga adalah sangat bahaya kerana secara terang-terangan menghasut rakyat agar hilang kepercayaan terhadap Institusi Raja-Raja Melayu serta memecahbelahkan rakyat,” titahnya.

Terbaru, pihak polis menerima 28 laporan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional itu susulan kenyataan yang dikeluarkan olehnya ketika berkempen bagi PRK Nenggiri.

Menurut laporan FMT, Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, berkata siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Setakat ini, kami telah menerima 28 laporan yang dibuat di seluruh daerah Pahang dan kertas siasatan akan dibuka,” katanya.

Dalam laporan yang sama, difahamkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan memberi keterangan pada Selasa ini.

Sumber: FMT, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.