in

“Sendiri cari penyakit ni” – Takde Penjarakan Sosial & Tak Pakai Mask, Padang Jawa, Shah Alam Meriah Ramai Beli Juadah Berbuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah kawalan pergerakan bersyarat sudah pun memasuki hari ketiga. Kita semua kena biasakan diri dengan new normal supaya diri kita masih dilindungi dari dijangkiti Coronavirus walaupun keluar bekerja. 


Namun, tinjauan pihak polis yang dilakukan pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat diubahsuai (PKPBD) di Jalan Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam bersama pihak media mendapati lebih kurang 500 pengunjung membanjiri kawasan itu untuk membeli juadah berbuka, lapor Harian Metro.

Selain tiada penjarakan sosial antara pelanggan yang beratur untuk membeli makanan, kebanyakan mereka juga tidak memakai topeng muka. Ingat dorang kebal ke tak ikut SOP ni? 

Yang lagi teruk, kanak-kanak juga turut dibawa oleh ibu bapa untuk turut serta membeli makanan berbuka. Jalan raya kat situ memang sesak habis. 

Ada yang hanya menyuruh pengunjung kedai mereka untuk jaga jarak apabila ternampak pihak polis mendekati kawasan kedai mereka. Tahu pun takut. 

Ada pelanggan yang tidak mengamalkan social distancing sehingga bersentuhan bahu antara satu sama lain ketika beratur. Namun, menurut penduduk di situ yang hanya dikenali sebagai Afiz, kebanyakan pelanggan kedai di kawasan itu datang dari kawasan lain di Klang dan Shah Alam.

Rata-rata netizen di Facebook kesal dengan pengunjung yang ingkar SOP yang telah ditetapkan sebab nanti ramai yang berisiko untuk terkena tempiasnya.

Kita faham ramai yang tak sempat nak masak untuk berbuka sebab ramai yang dah mula bekerja, tapi SOP seperti jaga jarak dan pemakaian mask perlu dipatuhi. 

Baca: “Dah kebal ke sangat dorang ni” – Degil! Rakyat Tak Ikut SOP, Kawasan Foodcourt Sesak Orang Beli Juadah Berbuka 

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.