in

“Senang kerja polis” – Gara-gara Dompet Tercicir, Lelaki Ini Kantoi Pecah Rumah

Curi4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah pandemik ni masih ada yang berani lakukan aktiviti jenayah seperti pecah rumah sedangkan ramai yang work from home.


Sebuah rumah di East Herrington, Sunderland telah dipecah masuk oleh pencuri. Namun, mereka berjaya menemukan semula barang yang hilang.

 

Dompet pencuri tercicir

Menurut Harian Metro, Malcolm Pyke, 43 tahun telah meninggalkan ‘jejak’ di rumah mangsa iaitu maklumat dirinya.

Lelaki itu secara tidak sengaja meninggalkan beg berisi surat yang tertera nama dan alamat tempat tinggalnya.”

Sekali gus memudahkan pihak polis untuk mengesan lokasi dan menangkapnya.

Setiba mereka di rumah Pyke, pihak polis menangkap dan menjumpai semula barangan yang dicuri iaitu alatan pembersihan yang bernilai 150 pound sterling (lebih kurang RM814).

Hasil siasatan polis, Detektif Sarjan Chris Raper-Smith berkata, suspek adalah pencuri dan amat aktif dalam aktiviti jenayah itu.

Curi6

“Malangnya kesilapan dilakukannya dengan cuai meninggalkan barangan peribadinya di lokasi kejadian membantu pegawai polis terus menjejakinya.”

Susulan itu, Pyke dipenjara selama 4 tahun dan barang yang dicuri diserahkan semula kepada pemilik asal.

 

Baca : ‘Ingatkan Wanita, Rupa-rupanya…’ – Polis Tahan Lelaki Berjubah Wanita, Kantoi Curi Duit Tabung Surau

Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.