in

Semua Daerah di Selangor Kini Berada di Zon Kuning Atau Merah – KKM

Feat3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui infografik yang dikongsikan di Twitter semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan semua daerah di negeri Selangor kini berada di zon kuning atau merah.


Sebanyak 88 kes baru dilaporkan di Selangor semalam termasuklah 1 di Sabak Bernam. Menurut KKM, kes paling tinggi di Selangor setakat ini adalah di daerah Petaling dengan penambahan 28 kes semalam menjadikan jumlah kes aktif di situ sebanyak 532 kes.

Daripada 88 kes dicatatkan semalam:

  • 34 kes merupakan daripada kluster sedia ada
  • 5 kes daripada kluster baru iaitu Kluster mentari
  • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19
  • 21 kes daripada lain-lain daringan Covid-19

Dr1

Setakat ini, Selangor mempunyai sebanyak 1,291 kes aktif dan merupakan paling tinggi di semenanjung. Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM mungkin mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dilanjutkan sekiranya kes terus meningkat.

Kalau lihat pada data, ia meningkat secara konsisten setiap hari. Kalau ada peningkatan, mungkin kita akan cadangkan.”

Baca: Wanita Berpurdah Juga Wajib Pakai Pelitup Muka, Perubatan Atau Bukan Perubatan – KKM

Purdah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.