in

“Semoga lepas ni berubah lebih baik” – Akibat Buat Kecoh Dekat Tempat Awam, Aliff Aziz Kena Dakwa Buat Kali Ke-3

Feature Image Alif Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah tular mengenai Aliff Aziz yang melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan umum sehingga dia di tahan oleh pihak polis bagi meredakan keadaan.


Aliffff 620X409
Sumber: berita mediacorp

Terbaru, penyanyi dan pelakon itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan membuat kelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit serta menunjukkan isyarat-isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Menurut Berita mediacorp, kertas pertuduhan terhadap Aliff berkelakuan begitu adalah di kawasan Orchard Towers, di Orchard Road kira-kira jam 6:25 pagi pada 10 November yang lalu.

Tuduhan ini dikenakan kepada Aliff pada 18 November yang lalu. Jika disabitkan kesalahan, Aliff boleh dikenakan denda tidak melebihi RM6000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-dua sekali.

Alip Ajis
Sumber: berita mediacorp

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu sayang sayang turut menerima dua pertuduhan mencuri yang dikenakan terhadapnya pada 3 September yang lalu.

Dia dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro dan pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Aliff sepatutnya dihadapkan ke mahkamah pada 19 November yang lalu, namun begitu ia terpaksa di tangguhkan disebabkan oleh tuduhan ketiga itu.

Sebutan seterusnya kes Aliff Aziz dijadual berlangsung pada 9 Disember 2019.

Admin harap lepas ni Alif dapat berubah menjadi lebih baik. Korang pun sama-sama lah doakan dia semoga berubah jadi lebih baik. Kecam pun bukan dapat apa.

 

Baca: “Mabuk dan cari pasal dengan orang awam” – Bukan Lakonan! Aliff Aziz Meronta Diberkas Polis Singapura

Mabuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.