Rasanya sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara kita, nama Ustaz Ebit Lew tidak pernah lekang daripada menjadi sebutan ramai.
Ada saja bantuan dan sumbangan yang dihulurkannya, khususnya kepada mereka yang terjejas teruk dan kehilangan punca pendapatan akibat penularan wabak ini.
Semalam, Ustaz Ebit sekali lagi turun padang menyantuni kira-kira 250 pemandu van dan bas sekolah. Mereka ini antara kumpulan yang turut terkesan akibat penutupan sekolah, gara-gara pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Bayangkan, mereka hanya memperoleh enam bulan pendapatan saja untuk tahun ini. Selebihnya? Terpaksalah diusahakan pelbagai ikhtiar lain untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Perkongsian itu turut dimuatnaik Ustaz Ebit di laman Facebooknya. Menurutnya, antara sumbangan yang disampaikan berupa barangan keperluan dan sedikit duit belanja.
https://www.facebook.com/ebitlewofficialpage/posts/3725707077459510
Malah Ustaz Ebit turut melahirkan rasa sayu, apabila mendapat tahu ramai daripada mereka terpaksa berniaga secara kecil-kecilan selain menjadi penghantar makanan.
Perkongsian tersebut mendapat hampir 80k likes selain menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen, yang rata-ratanya memuji keprihatinan dan tindakan pantas Ustaz Ebit dalam usaha menyalurkan bantuan kepada individu memerlukan.
Baca: 12 Tahun Tinggal Di Pondok Kecil Tanpa Tandas, Ebit Lew Bina Rumah Untuk Nek Rabiah