in

“Jangan nilai masa lampau”- Dulu Tokan Dadah, Kini Jadi Imam Surau

Ft Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tokan yang sering dikaitkan dengan dadah kini mengimamkan solat jemaah.

Begitulah kehidupan bekas banduan Nor Effendi Abdul Rahim, 33, setelah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang.


Nor Effendi dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dan 10 sebatan akibat kesalahan mengedar dadah jenis syabu pada 2016.

Namun dia kemudiannya diberikan parol selama setahun, dan telah dibebaskan pada tahun lepas.

Euipawgw2Sh7Aetzw1Jwoselyfoleidlnmcez6Ndm24

“Berada di dalam penjara banyak memberi kesedaran menerusi program keagamaan seperti ceramah oleh ustaz, membuatkan saya mula mendekatkan diri dengan Allah. Sebelum ini solat tidak cukup waktu tetapi kini saya berubah, solat dah cukup, mula mengaji al-Quran dan hampir habis baca tafsir al-Quran dalam tempoh tiga tahun itu.”- Nor Effendi

Katanya tempoh penjara tiga tahun yang dilalui cukup memberi kesan kepadanya sehingga dia tekad untuk berubah ke arah lebih baik.

 

Berubah demi keluarga

“Detik yang membuatkan saya terus insaf adalah apabila telefon kepada isteri, anak-anak, ibu serta ayah, mereka beritahu tidak ada duit nak makan, sedangkan saya berada di dalam penjara dapat makan seperti biasa. Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan dengan diberi parol supaya dapat balik untuk bersama ahli keluarga seterusnya bantu mereka,”- Nor Effendi

Terkesan dengan nasib keluarganya, Nor Effendi ingin lari daripada masa silamnya.

Bercakap mengenai dirinya yang dilantik menjadi imam, Nor Effendi jelas dia tidak menyangka yang dia akan diterima menjadi imam setelah hanya tujuh hari pulang ke kampung.

Dia ditawarkan menjadi selepas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung menyatakan hasrat untuk membuka semula surau di kampungnya, namun mereka tidak mempunyai imam, lapor Bernama.

Effendi

Berbekalkan ilmu yang diperolehi semasa berada dalam penjara, Effendi menerima tanggungjawab yang diberikan. Malah katanya dia telah menggalas tanggungjawab tersebut selama setahun.

Jelas Effendi lagi, walaupun pada awal kepulangannya masyarakat sukar menerima bekas pengedar dadah dalam kalangan masyarakat, namun perlahan-lahan mereka terbuka selepas melihat perubahan pada dirinya.

 

Luang banyak masa bersama keluarga

Dia yang juga merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) fizikal (kecacatan tangan kiri dan masalah pada kaki kiri) menghabiskan lebih banyak bersama keluarga selepas keluar dari penjara.

Malah demi kelangsungan hidup, dia kini menjadi peniaga roti canai di Pasar Awam Kuah.

Effendi juga lebih selesa di surau serta bersama isteri dan anak-anak yang berumur sembilan dan 20 tahun.

Effendi menyatakan dia kini cuba mengelakkan daripada melepak di kedai dan bercampur dengan rakan-rakan lamanya.

 

Baca : Hisap dadah dalam hutan Bapa Bawa Anak Pergi  Lepas Gian, Nampak AADK Lari Tinggalkan Anak Terpinga

Dadah

Sumber: Foursquare
Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.