in

Sembahyang Fardhu & Solat Jumaat Dibenarkan Di Pulau Pinang Mulai Esok Tetapi Bersyarat

Jemaahpp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

PKP penuh atau total lockdown akan mula berkuatkuasa esok, pelbagai aktiviti sosial dan beberapa sektor ekonomi tidak boleh beroperasi, namun begitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAINPP) membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di semua masjid dan surau Jumaat sepanjang tempoh ini tetapi bersyarat.


Untuk solat Jumaat, hanya 15 orang jemaah yang terdiri daripada jawatankuasa masjid dan surau, siak dan ahli kariah dengan mengamalkan SOP yang ditetapkan dan perlu menjaga jarak fizikal satu meter, lapor Sinar Harian.

Begitu juga dengan solat jemaah fardhu, kadar bilangan maksimum adalah 15 orang. Bahkan solat jenazah yang tidak melibatkan pesakit Covid-19 juga dibenarkan di dalam masjid, namun begitu, aktiviti menziarahi kubur tidak dibenarkan.

1081502

Pengarah JHEAINPP, Mohd Zakuan Zakaria berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan khas diadakan bersama Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman selain mengambil kira pandangan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Noor.

“Kita turut memberikan kebenaran aktiviti ceramah dan kuliah pengajian yang dijalankan menerusi dalam talian sahaja.”

“Aktiviti pengimarahan masjid dan aktiviti sosial secara bersemuka tidak dibenarkan buat masa ini,” katanya.”

Bagaimanapun, beliau turut berkata bahawa arahan pelaksanaan aktiviti di masjid dan surau akan dikemas kini dari masa ke masa tertakluk kepada situasi semasa Covid-19 serta atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

 

Baca : “Bukannya tak boleh keluar beli barang” – Risau PKP Lebih Ketat, Ramai Yang Mula ‘Panic Buying’

Panic

Sumber: Gamar Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.