Dalam rezeki kita, ada juga rezeki orang lain. Pasti anda pernah dengar ungkapan ini, yang membawa makna kita perlu sentiasa bersedekah dan membantu orang lain dengan menggunakan rezeki yang didapati.
Baru-baru ini, seorang usahawan muda, Diana (@_dianasruddin) ada berkongsikan kisahnya yang mendapat keuntungan besar dalam peniagaan tudung selepas belanja ibu bapanya barang dapur di pasar raya. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh Diana di laman Twitter.
https://www.instagram.com/p/CDERkwcHNii/
Terang pemilik Diana Shawl ini, dia ada berkongsikan sedikit rezeki yang ada dengan belanja ibu bapanya barang dapur yang bernilai hampir RM600 pada 9 Oktober lepas. Namun siapa sangka, pada 10 Oktober, perniagaannya mendapat sambutan dan memberi pulangan untung sehingga 6 angka. Diana sedekah RM600, tapi diganti dengan untung 6 angka!
Terkejut dengan apa yang terjadi, usahawan yang berumur 23 tahun ini menyatakan ini adalah pengajaran yang baik buat dirinya.
“Jangan pernah berkira dengan orang sebab rezeki Allah itu luas”
Ciapan yang mendapat hampir 12,000 perkongsian ini mendapat perhatian netizen, yang turut berkongsikan kisah mereka dalam bersedekah ini.
“Patutlah asal nak beli je banyak halangan”
“Dapat offer kerja dengan gaji RM1600++”
“Tadi baru je belanja opah makan”
“I dapat JPA punya program for my degree life”
Pengajaran buat kita semua, jangan pernah berkira untuk bersedekah terutamanya dengan keluarga sendiri. Ganjaranya pasti lebih besar daripada apa yang disedekahkan.
Kredit: _dianasruddin
BACA: Guna Bapa Sendiri Sebagai Model Baju, Idea Usahawan Muda Ini Dipuji Netizen