in

‘Self-Love’ Yang Sebenar, Wanita Bakal Kahwini Diri Sendiri Undang Perdebatan Ramai

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, untuk mencintai pasangan, kita terlebih dahulu perlu belajar mencintai diri sendiri. Ini kerana kebahagiaan yang sebenar adalah dari diri kita sendiri, dan bukannya perlu diberi oleh orang lain.

Namun, bagaimana pula jika seseorang itu terlalu mencintai dirinya sendiri?


Mahu kahwini diri sendiri

Seorang wanita berusia 24 tahun dari India, Kshama Bindu, mengejutkan orang ramai apabila dia bercadang mahu berkahwin dengan diri sendiri. Difahamkan, perkahwinan tersebut akan diadakan pada 11 Jun ini dalam satu acara tradisional Hindu.

Kshama berkata, ini adalah satu bentuk ‘self-love’ yang diamalkannya. Meskipun tindakannya ini mengundang banyak perspektif daripada masyarakat di sana, Kshama berkata dia tetap akan meneruskan perkahwinan ini.

“Ramai kata saya masih cantik dan laku. Saya kata kepada mereka, saya yang untung kerana dapat diri sendiri”, ujar wanita ini kepada sumber.

https://www.instagram.com/p/CCYm6eipQSC/?hl=en

Bakal pergi ‘honeymoon’ dengan diri sendiri

Seperti pasangan pengantin yang lain, Kshama juga akan pergi berbulan madu ke Goa selama dua minggu. Perbezaannya hanyalah dia akan pergi bersama pasangannya, iaitu dirinya sendiri.

https://www.instagram.com/p/CI2e-XqDUPl/?hl=en

Jelas wanita ini, berkahwin dengan diri sendiri adalah satu bentuk komitmen. Seseorang itu akan mempunyai pilihan untuk menentukan gaya hidup yang akan membantu dirinya berkembang menjadi lebih bahagia.

“Ini adalah cara saya untuk buktikan bahawa saya terima semua kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri – dari segi fizikal, mental dan emosi”, jelas Kshama.

Keluarga beri restu

Perkahwinan unik ini direstui sendiri oleh keluarga Kshama meskipun ini adalah perkahwinan pertama di India yang tidak melibatkan pasangan pengantin.

“Mak saya sangat berfikiran terbuka. Selagi sesuatu itu buat saya gembira, mereka akan setuju”, ujar wanita ini.

125009732 Whatsappimage2022 06 02At11.33.08Am

Semoga Kshama Bindu menemui kebahagiaan yang dicari-cari selama ini.

Kredit: BBC

BACA: Cinta Itu Penuh Misteri, Wanita Restu Bekas Suami Kahwini Adik Kandung

Cats 2

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.