Nama seorang pengacara dan pereka fesyen terkenal Indonesia baru-baru ini tular apabila dia didakwa memelihara anak patung bayi seperti anak sendiri.
Ivan Gunawan yang berusia 39 tahun itu dikatakan memelihara bukan satu, tetapi dua anak patung bayi dan menganggapnya seperti anak sendiri. Lebih mengejutkan, kedua-dua ‘anaknya’ itu siap dibuka akaun Instagram lagi!
“Boneka ini hadiah dari Ruben Onsu (seorang aktor dan pengacara terkenal Indonesia). Saya buatkan dia Instagram kerana saya tidak melihat ia sebagai patung tetapi teman hidup, teman yang boleh hidup bersama saya. Jadi kalau pergi kemana-mana saya akan bawa, sebab itu saya buatkan Instagram untuk mereka,” jelas Ivan.
Dalam satu wawancara di Youtube, Ivan ada menjelaskan bahawa dia masih lagi waras dan menyedari bahawa ‘anak-anaknya’ itu hanyalah patung. Akan tetapi, dia tetap menganggap dan memeliharanya seperti anak sendiri.
Ivan juga menafikan bahawa tindakannya itu bukan untuk meraih populariti semata-mata kerana katanya dia sendiri sudah popular. Jadi, tiada sebab untuknya menjadikan alasan tersebut bagi memelihara ‘anak-anaknya’ yang diberi nama Miracle & Marvelous itu.
Setelah tular, ramai yang bersikap kurang senang dengan tindakan Ivan tersebut sehingga ada segelintir netizen yang mempersoalkan kenapa dia tidak terus mengambil anak angkat sahaja.
“Saya bukannya tak mahu mengambil anak angkat tapi semua itu perlukan persediaan kerana mengambil anak bernyawa itu berat ya, hati kena betul-betul sayang. Mungkin satu hari nanti kita tak tahu… cuma buat masa ini saya belum terfikir mengambil anak angkat,” jawab Ivan.
Kebanyakan netizen juga mendoakan agar satu hari nanti Ivan diberikan jodoh serta dikurniakan zuriat sendiri supaya dapat menemani hidupnya.
Baca: “Pelik bin ajaib”-[VIDEO] Aneh! Hujan Hanya Timpa Sebuah Kereta Di Kawasan Parkir Yang Penuh