in

“Selamat hari raya, orang xdo” – [VIDEO] Sebak! Ayah Tetap Masak Banyak Di Pagi Raya Walaupun Tahu Anak Tak Boleh Balik

Fi Ayahh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masuk tahun ni, bererti dah dua tahun kita menyambut syawal di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Jelas kesedihan tak dapat diselindung lagi bagi sesiapa yang mempunyai ibu bapa dan keluarga di kampung kerana tak dapat nak sambut Aidilfitri bersama.

 

Masak juadah untuk anak

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak mereka, itu ayat yang boleh diungkap untuk cerita ini.

Kisah ni viral di aplikasi TikTok apabila kasih seorang ayah, rindu terhadap anak-anaknya memang tak dapat disangka lagi.

Perkara tersebut dikongsikan melalui akaun TikTok @Iera Effariza di mana ayahnya menghantar sebuah video yang menunjukkan dia telah memasak pelbagai jenis juadah di pagi Syawal.

Ayah 1

Ayahnya yang menghidap beberapa jenis penyakit itu ternyata tidak kisah memasak sebanyak itu kerana hatinya  terlampau rindu kepada anak-anak. Walaupun ayahnya tahu anak-anak tak dapat pulang disebabkan PKP, Iera menyatakan bahawa ayahnya berharap ada saudara terdekat untuk hadir sebagai pengganti.

Selain itu, dapat dilihat di meja ruang tamu sudah tersedia air dan pelbagai jenis kuih untuk dihidangkan kepada tetamu. Namun apa yang meruntun jiwa, terdengar si ayah mengucapkan selamat hari raya dan bergurau kerana tiada orang

“Selamat hari raya, orang takdoo”

@iera_effariza

Pagi raya buat sis menangis ? Rindu Ayah

♬ original sound – Iera Effariza – Iera Effariza

 

“Tk dapat tahan air mata”

Ternyata kisah dikongsikan wanita ini menjadi perhatian, apabila ramai yang merasa sedih melihat kegigihan si ayah itu. Selain itu, ramai juga mendoakan supaya PKP ini cepat habis supaya dia dapat bertemu dengan ayahnya nanti.

Reak Ayah 1 Edit

Reak Ayah 2 Edit

Reak Ayah 3 Edit

Reak Ayah 4 Edit

Sedih sangat tengok situasi macam ni. Tapi nak buat macam mana, korang selalu lah call ibu bapa kalau ada dekat kampung tu ye. Harta dunia akhirat kita tu hmm.

 

Baca : “Tengok dari jauh” – Gelagat Mak Ayah Lambai Dari Jauh Sebab Anak Kena Kuarantin Buat Netizen Sebak

Foot Ayah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.