in

Selalu Terima Panggilan Tak Dikenali? Hati-hati! Korang Mungkin Terkena 4 Perkara Ini

Grabpay Ft Image

Pernah tak, korang terima panggilan daripada nombor yang tak dikenali kemudian diorang ni mula tawarkan macam-macam? Mesti pernah kan? Kadang-kadang, sampai naik rimas.

Jujur cakap, bukan semua orang ‘ada masa’ dan suka untuk terima dan layan semua panggilan dari nombor tak dikenali ni, sebagai contoh, agen insurans, pegawai pemasaran kad kredit dan macam-macam lagi.

Lebih menyakitkan hati ialah bila kita dah tolak atau cakap dengan baik bahawa kita tidak berminat, tapi mereka ini teruskan juga percakapan, paksa jugak kita dengar walaupun sudah diberitahu kita sedang sibuk dan sebagainya.

Terima Panggilan Telefon

Kalau korang nak tahu, apa yang berlaku adalah mungkin disebabkan nombor korang tu dah ‘dijual’ oleh pihak yang tak bertanggungjawab atau data peribadi korang telah dicuri.

Tanpa korang sedar, kecurian data boleh berlaku disebabkan salah satu daripada perkara dibawah ni :

1. Aktiviti fizikal 

Walaupun telefon pintar sekarang ni kebanyakannya dilengkapi ciri keselamatan biometrik, ada juga sesetengah yang lupa untuk mengaktifkannya, jadi apabila telefon tersebut dicuri, secara tak langsung, nombor anda mungkin terdedah kepada pihak lain.

2. Salahguna pihak ketiga

Biasanya perkara ini akan terjadi sekiranya korang pernah meninggalkan nombor telefon di mana-mana pautan atau mengisi borang online atau secara fizikal. Apa yang berlaku adalah nombor tersebut boleh disalahguna atau lebih teruk, dijual ke pihak ketiga.

3. Malware

Malware ini merupakan perkara yang boleh berlaku sekiranya korang tak berhati-hati ketika melayari internet, ia boleh berlaku melalui link yang meragukan atau apabila memuat turun sebarang dokumen atau aplikasi yang telah dimasukkan malware.

4. Jenayah godaman

Seperti yang sering kita lihat di dalam filem atau drama, memang wujud golongan yang melakukan godaman secara professional. Namun ia menjadi bahaya apabila kelebihan tersebut disalahgunakan untuk mencuri data peribadi pengguna.

“Ketirisan maklumat masa kini merupakan perkara yang serius dan sering berlaku sekiranya sistem keselamatan yang digunakan tidak berfungsi dengan baik.”

Untuk mengelakkan kebocoran maklumat dan data peribadi ini berlaku, disinilah pentingnya mempunyai pelbagai lapisan ciri keselamatan terutamanya apabila melibatkan urusan perbankan atau jual beli.

 

Pilih aplikasi tepat untuk elak jadi mangsa ‘siber’

Salah satu aplikasi yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk membuat bayaran atau transaksi dan dipercayai adalah GrabPay! Memang recommended lah!

Grab Pay

Sebabnya, bagi mengatasi masalah-masalah ketirisan maklumat dan sebagainya ini, GrabPay ni serba lengkap dengan pelbagai lapisan ciri keselamatan seperti :

  • 2 Faktor Pengesahan – Grab PIN dan Biometrik
  • Enjin pengesahan penipuan
  • Perlindungan data peribadi

Secara tak langsung, lapisan ciri keselamatan yang pelbagai ini akan memberikan jaminan kepada pengguna untuk menggunakan GrabPay sebagai salah satu daripada perkhidmatan pembayaran yang utama selain ia mengurangkan risiko pengguna untuk ditipu. 

Bm1

Keselamatan data yang tersimpan pun bukan calang-calang tau, ia mendapat PCI DSS tahap 1, yang mana ia merupakan ‘markah’ tertinggi dalam keselamatan pembayaran.

Tak cukup dengan ciri keselamatan tersebut, kalau korang nak tahu, GrapPay ni jugak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia selain baki yang tersimpan dalam akaun Grab turut disimpan dan dilindungi dalam sebuah akaun berasingan dengan bank partners seluruh dunia.

Paling best, jika ada sebarang masalah yang berlaku, boleh terus rujuk kepada perkhidmatan pelanggan yang sentiasa ditambah baik untuk memberikan kepuasan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna.

Bestkan GrabPay? Jomlah mula guna hari ini. Ingat, bayar dengan selamat, bayar guna GrabPay!

Sumber: Grab
Sumber: Grab