in

Selalu ‘Nangis’ Ketika Potong Bawang? Inovasi Terkini Sunions Tak Akan Buat Mata Korang Berair Lagi!

F3 Sunions

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memasak ni senang je, cuma yang buat kita rasa leceh adalah ketika nak potong bawang sebab mata akan berair, dan bila  kena basuh semua mangkuk dan periuk yang dah digunakan.

Namun, zaman sekarang kita dah ada mesin pencuci pinggan kan tapi part kupas bawang tu rasanya belum ada solusi kalau di Malaysia.


Jangan risau, nampaknya masalah itu tak akan terus menyusahkan anda sebab ada satu bawang jenis terbaru iaitu Sunions yang dikatakan tak akan buat mata kita pedih atau berair lagi, lapor Malay Mail.

Sunions 2

Jenama bawang Sunions itu telah dihasilkan oleh sebuah syarikat di Amerika Syarikat di mana ia akhirnya berjaya menghasilkan bawang yang tak akan memedihkan mata pengguna setelah mencuba selama hampir tiga dekad.

Mesti ada yang belum tahu kenapa mata berair ketika sedang ‘membawang’? Sebenarnya, ketika ditanam, bawang akan menyerap sulfur daripada tanah dan ia akan disimpan dalam sel bawang.

Kemudian, ia akan mengeluarkan gas yang pedih apabila sulfur tadi dilepaskan dan bertemu dengan enzim ketika dipotong.

Namun, bawang Sunions tadi tak akan jadi macam ni sebab ia telah ditanam menggunakan teknik kacukan secara semula jadi di mana hasilnya, dalam bawang jenis ni, tak ada banyak enzim dan kandungannya tak cukup untuk menyebabkan mata kita berair.

Sunions 1
Gambar sekadar hiasan

Difahamkan, rasa bawang ini juga manis. Tapi sayangnya, buat masa sekarang, ia hanya dijual di sesetengah pasar raya di UK,  US dan Kanada sahaja.

Untungnya orang kat sana, lepas ni dah tak payah guna tips macam pakai cermin mata hitam lagi ketika kupas dan potong bawang! 

Sumber: Malay Mail, Sunions

Baca: Raih 3.4 Juta Tontonan di TikTok, Chef Ini Kongsi Cara Mudah Potong Bawang Macam Pro 

Bwg X Berair 1

Sumber: Sunions
Sumber: xtra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.