in

“Tak perlu tunggu bantuan” – Netizen Puji Usaha Pemuda Ini Jual Kopi Atas Basikal Selepas Diberhentikan Kerja

LMLM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat kopi sebenar, latar tempat atau lokasi kedai kopi tersebut bukanlah sesuatu yang penting. Apa yang utama adalah kenikmatan rasa kopi sebenar baik jenis Arabika, Robusta, Liberica mahupun Exelsa yang semestinya memberikan kepuasan apabila diminum, tak kira sejuk atau panas.

Bila cerita pasal kopi, pastinya kita akan terfikir cafe yang diset dengan cantik selain suasana kedai yang instagram-able. Namun, lain sedikit dengan cerita yang bakal dikongsikan kali ini.


Tanpa ada kedai fizikal, pemuda berumur 23 tahun berasal dari Tawau ini mengambil inisiatif untuk menjalankan perniagaan kopinya menggunakan basikal dan mempunyai nama yang sangat unik, ‘Kopi Senja dan Kamu’ selepas beliau diberhentikan kerja di Kuala Lumpur.

193852908 114054077623303 2893554343538010255 n

Difahamkan, pemuda yang dikenali sebagai Nicco Amran ini baru sahaja memulakan perniagaan ini, baru 5 hari. Menurut beliau, konsep perniagaan menggunakan basikal ni sebenarnya diinspirasikan daripada negara jiran selain konsep ini sememangnya terkenal di daerah Tawau.

Menurut perbualan di Whatsapp dengan pemuda ini, difahamkan beliau hanya berniaga pada hari Selasa hingga Sabtu dari jam 4 petang sehingga 6 petang, manakala hari Ahad dan Isnin adalah hari cuti.

“Saya kekal di tempat sama setakat ini, di roundabout ikan todak, highway beach”

Tambah Nicco, buat masa ini, beliau hanya berniaga di satu tempat iaitu di bulatan ikan todak dan ini disebabkan tidak mahu mendatangkan masalah dengan pihak berkuasa tempatan.

217967295 1314175655645214 4529176547981007784 n horz

Setakat, difahamkan perniagaan beliau sangat menggalakkan selain dibantu oleh komuniti-komuniti yang ada di Tawau sehinggakan beliau terpaksa tutup perniagaannya kerana kehabisan stok kopi yang dikhabarkan diambil dari Semenanjung berikutan sukar untuk mendapatkan bahan tersebut di kawasannya.

Jika diperhatikan, jenis pembuatan kopi beliau adalah mengunakan moka pot dan terdapat 5 jenis air kopi seperti Espresso, Americano, Latte dan lain-lain yang disediakan bermula dari RM4 sehingga RM6.50.

Tambah Nicco, tujuan utama beliau melakukan perniagaan ini bukanlah untuk mengaut keuntungan sebaliknya ingin memberikan kelainan disamping ingin memberi inspirasi kepada anak-anak muda di Tawau supaya berani untuk mencuba sesuatu yang diluar kotak.

“Apa yg saya buat ini adalah untuk menginspirasikan anak muda di tawau sabah dan tak kira di mana saja untuk berani mencuba sesuatu hal yg baru dan kreatif tanpa perlu menunggu bantuan dari orang sekeliling”

Melihat dari komen-komen yang diberikan, ramai yang memuji semangat yang ada pada Nicco ini selain ramai yang kagum dengan usaha yang dilakukan olehnya!

ssss

Syabas dan terima kasih min ucapkan kepada Nicco kerana sudi berkongsikan kisah ini dengan kami, moga perniagaan ini lebih maju dan menjadi inspirasi kepada semua.

Baca : Lelaki Sangka Dah Kena Scam di Shopee, Rupa-rupanya Dapat Tahu Budak 11 Tahun Baru Mula Meniaga

sssss

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.