in

“Sekarang ni musim teknologi”- Wanita Ini Tunang ‘Online’ Je, Siap Pakai Baju Kelawar Lagi

Cats 85

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap pasangan bercinta mesti ada impian nak mendirikan rumah tangga betul tak? Sebelum kahwin, biasanya orang akan bertunang dulu. Kalau ikut adat, keluarga pihak lelaki akan datang ke rumah keluarga pihak perempuan untuk menyarung cincin tunang.


Wanita yang dikenali sebagai Nuriylia Malek ini telah berkongsi kisahnya yang bertunang secara atas talian pada 14 Februari lalu dengan hanya membuat video call bersama keluarga tunangnya di Terengganu manakala keluarganya di Kedah.

Menerusi satu perkongsian video di Tiktok yang dimuat naik oleh iyliamalek semalam, video tersebut telah mendapat hampir 600 ribu tontonan dengan hampir 60 ribu likes dan hampir 4 ribu share. Ramainya yang share, nak tunang online juga ke tu?

@nuriyliamalek

#alhamdulillah #onestepcloser #fypmalaysia

♬ Jodoh Pasti Bertemu – Afgan

Lebih mesra dipanggil Iylia, wanita ini ada menimbulkan satu persoalan di Twitter pada 3 Februari lalu.

“Boleh tak kalau tunang, pos je cincin dekat perempuan lepas tu sarung je sendiri kan jimat simple dan selamat?”

Photo6339334629424737097

Buat-buat tanya soalan, sebenarnya dah kasi hint kat situ kan? 

 

Bersyukur segala urusan dipermudahkan

Iylia berterima kasih kepada ibu bapanya dan semua pihak yang terlibat dalam memudahkan urusan pertunangan walaupun secara atas talian sahaja.

“Sekarang musim teknologi, alaf baru ni macam-macam boleh buat.”

Ketika melangsungkan pertunangan atas talian, Iylia selamba sahaja pakai baju kelawar ketika itu. Memang sempoi habis.

Photo6339334629424737101

Bukan itu sahaja, cincin tunang pun Iylia pergi beli sendiri sambil ditemani ibunya .Tapi duit cincin itu tunang dia sudah bank in dulu katanya.

Cincin dah ada, terus sarung sendiri je. Simple and jimat gitu.

 

Ramai ucap tahniah

Di ruangan komen, rata-rata netizen ucap tahniah kepada Iylia kerana telah bergelar tunangan orang dan siap ada yang komen cakap seronok ada ibu bapa yang supportive macam ibu bapa Iylia.

Photo6339334629424737093

Photo6339334629424737094

 

Zaman teknologi ni apa je yang tak boleh buat kan?

 

Sumber:iyliamalek

Baca:Tak Nak Kacau Tunang ‘Zoom Meeting’, Lelaki Sanggup Beli ‘Morph Suit’ Hijau Untuk Jadi Halimunan Tapi

Capture 63

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.