in

Seindah Corak Aidilfitri Di Sunway Pyramid Suntik Nafas Moden Kepada Tradisi Klasik

Collage 11

Bagi ramai rakyat Malaysia, jiwa Aidilfitri terletak pada hal-hal yang dekat di hati: corak songket warisan keluarga, hiasan perayaan yang ceria, serta permainan tradisional yang menyatukan generasi muda dan tua. Tahun ini, Sunway Pyramid meraikan elemen-elemen klasik ini menerusi kempen Seindah Corak Aidilfitri.

Dari 27 Februari hingga 29 Mac, LG2 Blue Concourse bertukar wajah menjadi sebuah ruang yang mengangkat keindahan seni tekstil tradisional Malaysia. Diinspirasikan daripada kehalusan tenunan songket, tenun, batik dan tekat, dekorasi ini menghidupkan kembali motif warisan ini dalam sentuhan kontemporari — menjadikan akar budaya kita terasa kekal relevan dan dekat di hati generasi masa kini.

3 1

Nadi pengalaman ini terletak pada pameran khas koleksi asli songket Melayu dan tekstil tradisional seawal 1920-an, yang dikurasi dengan teliti oleh kurator tersohor, Mohammad Khairulanwar Rahmat. Khazanah berharga ini membawa pengunjung menelusuri perjalanan masa, menyelami legasi tekstil Malaysia sambil menghargai ketelitian seni yang terpelihara dalam setiap helaian tenunan.

Pameran ini menghubungkan warisan dan teknologi melalui kerjasama antara Sunway Pyramid dan Sunway University. Bagi menambah elemen interaktif, pengunjung boleh mengimbas kod QR di sekitar ruang legar dengan telefon pintar untuk mengaktifkan pengalaman Realiti Terimbuh (AR) yang mendedahkan kisah, teknik dan simbolisme di sebalik setiap motif tekstil.

Bagi mencetuskan nostalgia, ruang legar ini juga mengundang pengunjung mengimbau kegembiraan permainan tradisional seperti congkak dan batu Seremban, selain menikmati sudut fotografi bertemakan Raya yang terletak di kawasan air pancut.

Sunwaycorak M7X00194

“Raya kali ini, kami mengalu-alukan para pengunjung untuk menjadi sebahagian daripada sambutan yang menganyam warisan dalam setiap detik perayaan. Daripada pengalaman beli-belah perayaan dan permainan tradisional yang menggamit nostalgia, sehinggalah inisiatif kebajikan yang bermakna dan pameran budaya yang imersif, Seindah Corak Aidilfitri menghimpunkan pelbagai sisi musim perayaan di bawah satu bumbung,” ujar Pengurus Besar Kanan Sunway Malls Selangor, Jason Chin.

Tambah beliau lagi, konsep ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati Raya dalam suasana yang kekal klasik namun segar dengan sentuhan moden. Pengunjung antarabangsa yang hadir bersempena Tahun Melawat Malaysia turut berpeluang mendalami keindahan seni tekstil yang terpahat dalam warisan budaya negara, selain membawa pulang hasil kraf tangan yang sarat dengan semangat perayaan.

Sunwaycorak M7X00098

Di luar ruang legar utama, aktiviti beli-belah Raya kekal menjadi elemen penting musim ini, dan Sunway Pyramid terus tampil sebagai destinasi sehenti untuk segala persiapan perayaan. Daripada busana Raya hingga kelengkapan rumah terbuka, semuanya tersedia di bawah satu bumbung. Raya Market by Sukaseni yang berlangsung di LG1 Foyer, Oasis menampilkan pilihan keperluan Raya serta hasil kraftangan tempatan yang dikurasi khas bagi memperkaya pengalaman beli-belah anda.

Sunwaycorak M7X00047

Selain itu, musim perayaan ini juga menjadi waktu untuk menyantuni sesama insan dan memperkukuh ikatan komuniti. SURI Handmade Raya Pouch dalam program penebusan kempen ini dihasilkan dengan kerjasama SURI Lifestyle, sebuah perusahaan sosial Malaysia yang komited memperkasa ibu tunggal yang kurang berkemampuan melalui peluang menjahit dan penjanaan pendapatan. Seramai 30 ibu dari Klang dan Langkawi menghasilkan beg mini Raya ini secara buatan tangan, sekali gus memelihara kemahiran tradisional sambil menambah sumber rezeki. Pengunjung boleh menebus SURI Handmade Raya Pouch yang dihasilkan dengan penuh ketelitian menerusi program ‘Spend & Redeem’, bersama pelbagai ganjaran Raya lain sepanjang tempoh kempen — mencipta impak jangka panjang yang melangkaui musim perayaan.

Sunwaycorak 12

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan Hari Raya, tawaran eksklusif, serta pelbagai aktiviti menarik yang menanti, layari laman web Sunway Pyramid di www.sunwaypyramid.com/seindah-corak-aidilfitri atau kunjungi media sosialnya: @sunway_pyramid.