in

“Sedihnya dengar” – Anak Sulung Kongsi Cerita Minyak Wangi Kegemaran Arwah Siti Sarah

perfume siti sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2021 merupakan tahun yang sedih dalam industri muzik Malaysia, kita menyaksikan kehilangan antara penyanyi terhebat tempatan iaitu Siti Sarah akibat wabak Covid-19.

Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak serta suami yang juga seorang pelakon dan pelawak iaitu Shuib atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu.


Terbaru, anak sulungnya Uwais berkongsi sesuatu yang membuatkan ramai netizen sebak iaitu kisah di sebalik bau minyak wangi kegemaran ibunya .

Uwais menceritakan minyak wangi itu diketahui oleh arwah ibunya ketika mereka sedang bercuti di Australia.

Ketika mereka sedang membeli-belah, Siti Sarah terbau wangian seorang wanita dan tanpa segan-silu dia bertanyakan minyak wangi apa yang digunakan.

https://www.instagram.com/p/CqWmlt0vUBB/

“Kemudian wanita itu berkata dia menggunakan minyak wangi keluaran penyanyi terkenal, Ariana Grande. Akhirnya ibu pun beli minyak wangi tersebut,” katanya.

Dalam video itu juga kelihatan mata kanak-kanak itu sedikit berkaca dan suaranya agak sayu sewaktu menunjukkan botol minyak wangi yang masih tersisa peninggalan arwah ibunya itu, Uwais turut berkata dia rindu dengan Allahyarhamah.

Sebagi info, Sarah yang popular menerusi lagu Kesetiaan meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Sarah yang terpaksa ditidurkan sempat melahirkan anak bongsunya, Ayash Affan secara pembedahan pada 6 Ogos 2021.

Al-Fatihah buat Siti Sarah…

Baca: “Ibu kat syurga” –  [VIDEO] Luahan Anak Shuib Sambil Bersihkan Tempat ‘Favourite’ Siti Sarah Buat Netizen Sebak

Page Matin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.