Satu video yang membuatkan netizen tersenyum di TikTok apabila ada pemuda tempatan ini yang berkawan dengan lelaki warganegara Bangladesh berpicnic bersama-sama.
Dalam masa 20 jam, video ini telah meraih 1.4 juta jumlah tontonan dan rata-rata netizen begitu teruja melihat mereka malah ramai tertarik dengan menu masakan lelaki warga Bangladesh itu.
Ketam Bhuna
Ketika lelaki ini sampai di lokasi picnic, dilihat rakan-rakannya warganegara Bangladesh telah sampai lebih awal dan sedang menunggu ketibaan lelaki ini untuk menikmati juadah istimewa yang disediakan oleh rakannya itu sendiri.
Lelaki Bangladesh bernama Nahim itu menunjukkan menu yang dinamakan Ketam Bhuna dan mereka sempat bergurau senda hingga membuatkan ramai netizen terhibur. Mereka dilihat menikmati menu tersebut dengan penuh selera sampaikan netizen pun terliur melihat lauk Ketam Bhuna itu.
@kawannahim Sedap mat ketam bhuna
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Dalam pada itu, ramai juga netizen yang memuji sikap mulia lelaki ini kerana tidak memilih kawan kerana mereka sifatkan bukan semua warganegara tempatan sudi untuk berkawan dengan warga asing seperti mereka.
Disebabkan itu, ramai netizen rasa terliur melihat lauk itu dan ramai juga yang menuntut resepinya. Bagaimanapun, menjengah profil lelaki ini, dia pernah kongsikan satu video masakan Nahim iaitu Ayam Bhuna. So, ubah je la dengan ketam.
@kawannahim Replying to @Female_king👑 atas permintaan ramai
Video yang dimuat naik pada November tahun lepas ini telah meraih lebih 2 juta tontonan. Selamat mencuba!
Baca : Meninggal Dalam Perjalanan Ke Hospital, Petugas Sempat Ajar Syahadah Kepada Warga Bangladesh