Apakah harga minuman atau makanan yang paling mahal yang anda pernah beli? Tahukah anda, secawan kopi yang paling mahal di dunia ada di sebuah kafe di Dubai!
Menurut laporan Gulf Today, kafe Julith di Dubai menjual secawan kopi dengan harga 3,600 Dirham (sekitar RM4,700) dan kopi berkenaan dibru daripada biji kopi Panama yang dijual dengan harga premium.
Menurut pengasas bersama kafe tersebut, Serkan Sagsoz, mereka merasakan Dubai merupakan lokasi terbaik untuk pelaburan kafe mereka.
Ini kerana Dubai sememangnya dikenali sebagai lokasi yang ramai taburan penduduk yang kaya sekali gus menjadikan harga secawan kopi yang ditawarkan oleh kafe itu tidak keterlaluan buat golongan tersebut.

Artikel Berkaitan: “Sold out 250 ekor!” – Ramai Beratur Panjang Demi King Crab RM85
Artikel berkaitan: Kecoh, Pelanggan Beratur Dari Subuh Hendak Beli Beg Viral Tapi Tak Dapat Masuk!
Difahamkan, kopi mahal itu mempunyai rasa bunga dan buah-buahan seakan teh.
Kopi ini juga mempunyai aroma melur, oren, bergamot, aprikot serta buah pic, dan manis seakan madu” jelasnya.
Menurutnya lagi, biji kopi dari Panama itu dibeli oleh kafe itu dalam satu proses bidaan yang menarik perhatian ramai pembida dan peminat kopi di Panama.
Difahamkan, biji kopi itu, Nido 7 Geisha itu telah ditanam di kawasan ladang berdekatan kawasan gunung berapi.
Sumber: Gulf Today
