in

Secara Tiba-tiba ‘Lompat’ Masuk Bawah Lori Sampah, Pemuda Maut Digilis

Ft Lori Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini berlakunya satu kejadian yang menyayat hati dimana seorang pemuda yang dipercayai mengalami masalah gangguan mental telah digilis lori pengangkut sampah sehingga menemui ajal.


Kejadian ini telah berlaku di Jalan Sri Cemerlang kira-kira pukul 12 tengah hari, semalam.

 

Tiba-tiba ‘lompat’ bawah lori sampah

Pemuda yang berusia 23 tahun, beralamat di Jalan Pasir Pekan, Tumpat itu dikatakan secara tiba-tiba ‘melompat’ masuk ke bawah lori sampah yang sedang bergerak.

Hal ini menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian perut.

Lapor Awani, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud berkata, mangsa dikatakan sedang berjalan di bahu jalan.

Secara tiba-tiba, mangsa telah melompat dan masuk ke bawah sebuah lori sampah yang sedang bergerak perlahan.

Pemandu lori yang tidak sempat mengelak telah menggilis tubuh badan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan parah.

Feat Lori 1

 

Pernah ada rekod rawatan psikiatri

Feat Lori 2

Tambahnya lagi, mangsa juga mempunyai rekod kesihatan di sebuah klinik psikiatri di sini menerusi siasatan yang dijalankan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Takziah kepada keluarga mangsa. Mental illness bukan bahan gurauan.  

Baca: Stress Akibat Banyak Tugasan Online, Internet Pula Tak Stabil, Pelajar Bertindak Bunuh Diri

Baca Lori

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.