in

“Sebenarnya tak benar” – Wanita Dakwa Hamilkan Anak Artis Mohon Maaf, Mahu ‘Delete’ Akaun TikTok

Hamilkan Anak Artis Tak Benar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita misteri baru-baru ini tular di media sosial apabila mendakwa dirinya hamil dan dipaksa gugurkan kandungan selepas menjalinkan hubungan dengan seorang artis lelaki Malaysia.

Namun, menerusi hantaran terkini wanita itu di TikTok, dia membuat permohonan maaf dan memaklumkan semua pendedahan yang dibuat sebelum ini adalah tidak benar.


“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun ini dari mula. Saya akan memadam akaun ini kerana sebenarnya tidak benar. Wasalam,” tulisnya.

Screenshot 2023 06 08 150506

Pengakuan itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen, rata-rata yang meninggalkan komen membuat andaian bahawa wanita berkenaan sebenarnya telah diugut daripada pihak tertentu hingga menyebabkan dia terpaksa membuat pusingan ‘U’.

Screenshot 2023 06 08 131556 Screenshot 2023 06 08 131625

Sementara itu, ibu kepada kepada penyanyi dan pelakon Ismail Izzani, Datin Suliza Salam menafikan bahawa anaknya yang menyebabkan kehamilan wanita terbabit.

Kenyataan itu dibuat selepas desas-desus yang memetik nama Ismail berikutan beliau pernah terpalit dengan beberapa kontroversi.

Benar atau tidak, hanya tuan badan yang tahu perkara sebenar.

Baca: “Mana ada hamilkan anak orang” – Ibu Nafi Ismail Izzani Terlibat Isu Wanita Hamil Anak Artis
Ft Mail Tak Terlibat

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.