in

“Sebak pulak tengok” – Peminat OKU Harimau Malaya Sanggup Terbang Ke Doha, Demi Nak ‘Dengar’ Malaysia Menang

Peminat Oku Jumpa Pemain Harima Malaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah peminat, benar-benar seorang peminat. 

Ketidakupayaan seorang lelaki yang berstatus OKU ini tidak menjadi penghalang untuknya terbang ke Doha, Qatar demi memberi sokongan buat pasukan Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023.


Dalam satu perkongsian di TikTok rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dapat dilihat penyokong bernama Muhammad Ridzwan Erman Effendi, 27, yang cacat penglihatan itu bersama abangnya telah disambut oleh Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Fam

Artikel berkaitan: “Mereka menang banyak tapi” – ‘Podcast’ Antarabangsa Ramal Kedudukan Harimau Malaya Di Piala Asia

Artikel berkaitan: “Steady!” – Kalah 10-0 Dengan Harimau Malaya, Penyokong Papua New Guinea Dipuji Masih Bersemangat

Datang Doha nak ‘dengar’ Malaysia menang

Menurut video itu juga, dua beradik yang berasal dari Batu Gajah, Perak ini membawa setinggi harapan agar pasukan negara kita dapat bermain dengan cemerlang dan mara ke pusingan seterusnya dalam merebut piala tersebut.

Terima kasih Datuk, biasa dengar suara Datuk dekat televisyen je, ini dengar dekat sebelah telinga ya.

“Kalau orang lain, niat mereka datang sini nak ‘tengok’ Malaysia menang, tapi saya datang sini nak ‘dengar’ Malaysia menang sebab saya tak boleh lihat.

“InsyaAllah boleh ya,” kata Ridzwan.

@famalaysia_

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin; ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon serta para pemain skuad Harimau Malaya menyantuni Muhammad Ridzwan Erman Effendi, penyokong istimewa Harimau Malaya yang cacat penglihatan di hotel penginapan pasukan di Doha, Qatar sebelum mereka ke padang latihan, petang tadi. Ridzwan, 27, yang ditemani abangnya, Raff Iskandar Erman Effendi terbang ke Qatar bagi memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya bagi saingan Piala Asia 2023. #FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 #SukanDiTikTok

♬ original sound – FAMalaysia – FAMalaysia

Ridzwan yang juga anak bongsu daripada tujuh adik beradik itu juga bertuah kerana dapat bertemu dengan pengendali pasukan negara, Kim Pan Gon dan beberapa lagi bintang bola sepak Harimau Malaya.

Terima kasih datang sejauh ini untuk menyokong, kami semua akan berjuang untuk kamu dan akan cuba yang terbaik untuk banggakan kamu,” kata Kim Pan Gon yang terharu dengan kehadiran Ridzwan.

Kim

Dalam pada itu, Ridzwan juga berharap dia dapat mendengar ngauman ‘Siu’ ketika perlawanan di stadium kelak yang merupakan sambutan ikonik pemain Faisal Halim apabila menjaringkan gol.

Faisal

“Kalau aku jadi player, aku nangis weh kalau tak main betul-betul” 

Rata-rata netizen di ruangan komen berasa terharu dengan sokongan yang diberikan Ridzwan dan berharap pasukan negara dapat memberikan yang terbaik ketika perlawanan tidak lama lagi.

Komen Hm

Harimau Malaya dijadualkan bakal menentang pasukan Bahrain pada Sabtu ini dalam aksi kedua pasukan E selepas dikalahkan 4-0 dengan Jordan pada perlawanan pembukaan Piala Asia 2023 pada Selasa lepas.

Semoga Harimau Malaya beroleh kejayaan! 

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.