Mereka yang lahir tahun 80-an dan 90-an mesti ingat dengan siri animasi tempatan, Keluang Man kan?
Bagi mereka yang masih tidak tahu, siri animasi ini telah diadaptasikan ke filem live action dan bakal ditayangkan pada Mei ini.
Treler pendek rasmi filem itu juga sudah ditayangkan khas di acara Gempak Most Wanted Award 2024 semalam. Nah korang boleh tengok di bawah…
Dalam treler ini, korang boleh dengar suara Inspektor Shahab, seorang pegawai polis yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan di Metrofulus seakan-akan ‘mendedahkan’ siapakah Keluang Man yang sebenarnya.
Uish tengok teaser ini pun dah rasa tak sabar-sabar kan nak tunggu filemnya?
Artikel berkaitan: “Kena, kena, kena!” – Nas-T Pegang Watak Keluang Man, Ramai Netizen ‘Approve’
Artikel berkaitan: “Thanks for the memories” – Netizen ‘Ratap’ Kematian Pencipta Watak Keluang Man & Usop Sontorian
Penyanyi asal OST Kluang Man buat ‘comeback’?
Apapun yang lebih menarik, penyanyi asal bagi soundtrack lagu Keluang Man ini telah membuat kemunculan semula dan tampil menyanyikan lagu tema bagi filem ini.
Krisya yang pernah terkenal dengan lagu Gemersik ini muncul dalam acara Gempak Most Wanted 2024 semalam dan ramai yang akui mereka seakan-akan ‘throwback’ kembali ke zaman kanak-kanak!
@f8buzz The OG! 🦇 Keluang Man, Keluang Man, Keluang Mannnnnnn 🦇 Penyanyi asal runut bunyi, Krisya x SOG di pentas Gempak Most Wanted Awards 2024 #f8buzzhiburan #keluangman #krisya #sog #gmw2024
Krisya juga kali ini telah bergandingan dengan Sekumpulan Orang Gila (SOG) dalam menyampaikan lagu tersebut.
Rata-rata netizen di ruang komen meluahkan rasa teruja mereka dengan persembahan itu dan berharap stesen TV ulang tayang kembali siri animasi itu bagi mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak.
Dalam pada itu, dalam sesi temubual dengan Kosmo, Krisya yang sudah lebih 20 tahun tidak beraksi di pentas memaklumkan bahawa dia sebelum ini fokus dengan keluarga dan membesarkan empat orang anak.
Memang saya sudah berhenti menyanyi lebih 20 tahun. Pihak Astro sendiri mengaku susah untuk mereka mendapatkan saya.
“Sebenarnya sebelum ini saya tinggal di Bosnia selama tujuh tahun. Tahun ini saya pulang semula ke Malaysia.
“Rupanya Allah sudah susun cantik. Setibanya di Malaysia, saya ditawarkan untuk menyanyikan lagu tema filem Keluang Man,” katanya.
Menurut Krisya lagi, Keluang Man telah memberi impak terhadap kerjaya muziknya dan disebabkan lagu itu juga dia kembali ke industri ini.
Kalau korang nak dengar versi full lagu ini, boleh saja ke laman YouTube.
Tak sabar nak tengok Nas-T sebagai Borhan dalam filem Keluang Man ni!