in

“Sebab tu je sampai nak pukul bini ?” Tibai Isteri Guna Tong Air Dan Raket Hanya Sebab ‘Seluar Pendek’

Combine Pukul Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekali lagi kes mabuk berlaku dalam kalangan masyarakat. Kejadian berlaku di Kalimantan, Indonesia melibatkan seorang suami yang sedang mabuk sanggup memukul isterinya hanya kerana perkara remeh. Orang kalau dah mabuk memang dah tak sedar apa kan. 


Kejadian bermula apabila si suami yang hanya dikenali sebagai SH pulang ke rumahnya dalam keadaan mabuk lalu melihat anak perempuannya sedang memakai seluar pendek. Kelihatan pakaian anaknya itu agak melampau lalu dia membangunkan isterinya, dikenali sebagai EMH daripada tidur dan menyuruhnya untuk menegur anak perempuan mereka, lapor Warta Kota.

Namun, anaknya memberitahu kepada ibunya supaya jangan pedulikan ayahnya sebab dia dalam keadaan mabuk.

SH berasa bengang lalu mengambil tong yang berisi air kemudian menyiram isterinya yang masih berada di tempat tidur. Tak cukup dengan itu dia membaling tong air tersebut dan terkena ke kepala isterinya.

Bukan hanya itu, dia turut memukul isterinya menggunakan raket sehingga isterinya tak sedarkan diri. Sampai macam tu sekali eh

Tangan Suami 1

SMH jatuh di tempat tidur dalam keadaan sujud sambil memegang dadanya. Dia mengadu kepada suaminya yang dadanya sakit namun tak diendahkan malah si suami beransur keluar daripada rumah.

Akibat daripada kejadian itu, semua jiran datang ke rumah SMH dan terus menghantarnya ke hospital berdekatan. Malangnya, jururawat mengatakan dia sudah meninggal dunia.

Susulan daripada kejadian itu, jiran mangsa membuat laporan polis dan akhirnya polis bertindak cepat dengan terus menangkap suspek berdekatan rumahnya.

Kalau dah jadi kes macam ni rasanya boleh cakap elok-elok kot, tak perlu nak pukul-pukul. 

Baca : “Jangan Bagi Dia Lepas” – Remaja Ipoh Mati Dipukul ‘Abang Angkat OKU’ Dengan Tukul Kerana Cemburu Ada Kekasih

Ipoh

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.