in

“Sebab tu dia wira negara” – Netizen Sebak Baca Status Datuk Lee Chong Wei Ini Sebab..

00Dlcw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang mesti kenal Dato’ Lee Chong Wei kan? Wira negara yang merupakan bekas pemain badminton ranking nombor satu dunia. Beliau juga pernah mengharumkan nama negara di pentas Sukan Olimpik dan kejohanan-kejohanan dunia yang lain.


Sempena Hari Kebangsaan pada hari ini, Dato’ Lee Chong Wei (DLCW) ada memuat naik status di akaun media sosial milik beliau. Apa yang menarik perhatian ialah mesej yang ingin disampaikan oleh beliau. Cuba korang baca sendiri dekat bawah ni.

Screen Shot 2019 08 31 At 11.01.54 Am Screen Shot 2019 08 31 At 11.02.23 Am Screen Shot 2019 08 31 At 11.02.34 Am

 

Sebak weh!

Apa korang rasa lepas baca apa yang DLCW tulis? Meremang tak? Sebak tak? Kalau korang ada rasa macam tu, maknanya korang pernah tengok dan confirm sokong DLCW waktu dia tengah beraksi atas gelanggang. Memang power betul DLCW ni berjaya satukan semua orang Malaysia tak kira bangsa dan agama.

Screen Shot 2019 08 31 At 11.03.29 AmIni betul. Memang admin setuju 100%. Kita sokong orang negara kita lah. Kalau menang, dapat cuti. Tak kira lah sukan apa sekali pun, kalau ramai yang tengok malam tu dan kita memang pulak, confirm dapat cuti. Yeayyy

Screen Shot 2019 08 31 At 11.04.30 AmMamak dah jadi sebahagian dari budaya negara kita. Tak kira bangsa, semua orang boleh lepak mamak. Lagi-lagi kalau ada match besar, macam bola contohnya. Bila Malaysia score gol je mesti bersorak dan celebrate sama-sama tak kira kaum. 

Screen Shot 2019 08 31 At 11.03.07 AmSempena bulan kemerdekaan dan hari ini 31 Ogos, kita patut rasa bangga dan bersyukur dengan keharmonian negara kita ni. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. 

 

Baca: Chong Wei: Pegang Ranking No 1 Dunia Selama 9 Tahun,  Ramai Bersedih Dengan Persaraan Legenda Sukan Negara

Screen Shot 2019 08 31 At 11.16.38 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.