in

“Sebab saya nak bunuh” – Pakcik Buat Tak Bersalah Serah Diri Pada Polis Lepas Dera Anak Saudara Sendiri

Tia

Dunia sekarang memang dah teruk, bayangkan wujud rupanya manusia yang bunuh darah daging sendiri sebab saja nak suka-suka.

Lepas ditangkap, buat rasa tak bersalah pula tu! Siap rasa puas lagi. Bukan lah nak kutuk, tapi tengok muka dia memang panas hati tengok si pedo ni.

 

Hello. Saya nak maklumkan satu pembunuhan yg berlaku di rumah saya. Pembunuhnya adalah saya dan saya bunuh kerana saya rasa saya nak bunuh”

Itu lah kata-kata yang dikeluarkan oleh  si pedo durjana John Maden lepas dia dah puas dera anak saudaranya Tia Rigg sampai mati.

Menerusi perkongsian daripada Naufal Antezem, kanak-kanak 12 tahun ini dijerut leher menggunakan tali gitar dan ditikam beberapa kali.

Kejadian tragis ini bermula daripada keinginan dan ketagihan John untuk membuat penderaan seksual kepada kanak-kanak.

Pada 3 April 2010 di Manchester, John telah menelefon ibu kepada Tia Rigg kononnya ingin minta bantuan Tia untuk menjaga anaknya yg berusia 10 tahun di rumahnya.

Tiada apa-apa yang mencurigakan dengan bantuan tersebut. Sekitar jam 3 petang, Tia tiba di rumah John, Tia diberi dadah jenis antipsychotic tranquilizer yang merupakan ubat kepunyaan John. Tia tidak sedarkan diri

 

Berpandukan contoh-contoh ‘katalog’ penyeksaan seksual kanak-kanak, John kini sedia untuk merealisasikan ketagihannya.

Ec4Cyonu0Aeglcf

Terdapat kesan tikam di bahagian abdomen. Sekitar jam 3.45 ptg, John menelefon sendiri pihak polis bagi memaklumkan ada pembunuhan yang berlaku di rumahnya.

John begitu tenang menelefon pihak polis dan maklumkan dia sendiri yang telah membunuh Tia. Apabila ditanya mengapa dia berbuat demikian, dia hanya menjawab dia memang terasa nak bunuh Tia. Beberapa minit kemudian pihak polis tiba ke kediaman John. Whaat?!

Masa polis dah sampai kerumah John, mereka melihat mayat Tia dalam keadaan terlentang sambil bertelanjang bulat. Tali gitar masih terjerut pada lehernya, tangan diikat belakang menggunakan tali kasut.

Dia juga di torture menggunakan penyapu, dua bilah pisau dan alat mainan seks, barang-barang ni ditemui berhampiran dengan mayat Tia. Kesemua barang-brang tu dipenuhi dengan darah.

Ia terbukti apabila bedah siasat mengesahkan Tia mengalami kecederaan dalaman yang serius hasil daripada objek-objek tersebut.

Bagaimanapun, punca kematiannya adalah akibat jerutan di leher tu. Motif? Memang tak ada motif, itu hanyalah impian dia untuk melakukan penderaan seksual kepada kanak-kanak dan rogol.

Ketika dia ditangkap, pihak polis menemui ratusan gambar dan video kanak-kanak didera secara seksual dengan teruk. Bahkan video dan gambar itu juga ada dalam telefon bimbitnya.

Kesemuanya dilabelkan sebagai bahan lucah ganas (violent pornography) dan majoritinya melibatkan kanak-kanak.

John mendapatkan sumber dari laman web yang dikumpul dan dipercayai Tia adalah mangsa pertamanya selepas ketagihan dengan bahan-bahan tersebut.

 

Penjara seumur hidup, langsung tak kesal

Sepanjang siasatan, John langsung tidak menunjukkan rasa kesal malah tidak pernah beritahu niat dan motif sebenar pembunuhan tersebut dilakukan.

Dia kelihatan tenang dan berpuas hati dengan pembunuhan yang dilakukan. John dijatuhkan penjara seumur hidup tanpa sebarang peluang untuk dibebaskan awal.

 

Baca : “Patut semua negara buat macam ni” – Lelaki Pedo Pertama Kena Hukum Buang ‘Anu’ Sebab Rogol 9 Budak?

Pedo3