in

“Sebab KH aku pandai bertukang” – Netizen Tak Setuju Pendapat Subjek Kemahiran Hidup Dikatakan ‘Membazir’

Untitled Design 2022 03 04T112151.566

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemahiran Hidup (KH) atau Kemahiran Hidup Bersepadu adalah salah satu matapelajaran dalam sukatan mata pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Subjek ini diajar kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah sehingga tingkatan 3.


Matapelajaran ini merangkumi bidang mekanikal, perniagaan, sosial, elektronik, ekonomi rumah tangga dan pertanian pada tahap asas.

Semalam, Kemahiran Hidup trending di Twitter kerana terdapat perbalahan yang mengatakan tiada keperluan untuk mempelajari subjek Kemahiran Hidup, bagaimanapun ada juga yang menyelar pendapat itu.

Baru-baru ini, terdapat sebuah tweet yang mengundang perbincangan terhadap subjek KH dimana ada yang merasakan subjek tersebut tidak berguna.

Untitled Design 2022 03 04T102555.903

Buat projek kayu je?

Tweet tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga Twitter, ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju.

Untitled Design 2022 03 04T104636.465

Bagaimana pun, ada yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut dan merasakan banyak yang telah dipelajari dalam subjek tersebut. Mereka juga berkata subjek ini mengajar beberapa perkara yang amat berguna dalam kehidupan seharian.

1 2 2 2

Sebagai info, subjek KH kini telah dijenamakan semula secara berperingkat-peringkat kepada subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Apa pendapat korang pulak? KH yay or nay?

Baca: “This is NOT sek. agama ya” – Bapa Bising Subjek PAI Di Sekolah Anak Lama, Cikgu Jelaskan Kenapa...

Untitled Design 2022 03 04T105740.316

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.