in

Sebab Ingkar ‘Lockdown’ & SOP, Penduduk Dibawa Ke Stadium Untuk Diceramah Pasal Covid-19 Dari 9 Malam Sampai Subuh

A 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pandemik COVID-19 ini menyerang dunia, setiap negara mengambil cara pencegahan tersendiri dalam menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengurangkan penularan wabak ini.

Pelbagai peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan untuk memastikan rakyat mereka berdisiplin dan membiasakan diri dengan norma baharu ini.


Kalau di Malaysia, kita diwajibkan memakai mask dan menjaga jarak fizikal. Jika ingkar, kita akan dikenakan denda tidak lebih RM1,000. Banyak kan? Kita kalau bab kene saman baru nak dengar cakap.

Denda Dengar Ceramah 10 Jam di Stadium

Berbeza pula dengan pendekataan sebuah negara di negara Afrika Timur, Rwanda yang menghukum penduduk mereka yang ingkar SOP dengan…

…mengumpulkan mereka di stadium dan diberikan ceramah hampir 10 jam dari 9 malam hingga menjelang subuh

Kandungan ceramah tersebut sepenuhnya tentang bahaya koronavirus untuk memberi kesedaran tentang bahaya COVID-19.

Perhimpunan ini pula dikawal ketat oleh pengawal bersenjata dan setelah tamat sesi ceramah, mereka akan dibawa pulang untuk dikuarantin di rumah masing-masing.

790300

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang enggan mendengar ceramah, mereka diberi pilihan untuk membayar denda berjumlah 25,000 Rwandan francs (RM108). Lapor Sinar Harian.

2 4

Untuk rekod, Rwanda diperintahkan untuk melakukan total lockdown selama 15 hari bermula Jun lalu setelah berlaku peningkatan kes yang mendadak di negara tersebut.

 

Baca: Pemandu Di UK Boleh Kena Saman RM 5,487 Kalau Cermin Mata Berwap Masa Pakai Mask

1 4 1

Sumber: Sinar Harian
Sumber: The Canadian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.