Di Malaysia, siapa yang tak pakai pelitup muka, akan didenda RM 1,000 tapi di UK jauh lebih tegas! Pemandu disana boleh kena saman £1,000 (RM 5,487) kalau cermin mata mereka berwap ketika memandu sambil pakai mask!
Menurut Mirror Online, ni kerana para pakar memperingatkan bahawa pelitup muka mereka boleh menjejaskan penglihatan atau mengalihkan perhatian mereka ketika sedang memandu dan boleh mendatangkan kemudaratan.
Cermin mata berwap adalah satu masalah yang dihadapi oleh pemakai ketika mengenakan pelitup muka, namun bagi banyak orang, bagaimanapun ia tidak menghalang mereka untuk terus memakainya ketika sedang memandu. Apatah lagi bagi mereka yang bekerja sebagai pemandu pengangkutan awam ketika musim pandemik ini.
Dengan berjuta-juta orang sekarang kembali bekerja, ia berpotensi menambah ribuan pemandu ke jalan raya di UK yang kini memandu tanpa preskripsi yang betul kerana kira-kira 4 juta orang tidak melakukan ujian mata sepanjang 4 bulan tempoh perintah berkurung
Disebabkan itu pegawai polis di negara tersebut akan mengawal keselamatan dengan melakukan tindakan denda sebanyak £ 1,000 jika cermin mata berwap ketika memandu.
Jadi, mereka kena buka mask ketika sedang memandu.
Ia berikutan dengan kebimbangan pihak berkuasa bagaimana penutup muka dapat ‘menganggu’ pemandu ketika di jalan raya. Bagi mereka pemandu akan betulkan semula topeng, menanggalkan atau membersihkan cermin mata yang berwap ketika sedang memandu.
Jurucakap untuk salah satu peruncit contact lens Nimesh Shah berkata:
“Penutup wajah adalah keperluan mutlak untuk cara kita menjalani kehidupan memandangkan wabak global yang sedang berlaku, tetapi juga penting agar pelitup muka itu tidak mengganggu kehidupanharian kita, ia boleh membahayakan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya lain.”
Katanya lagi, sejak lockdown dikuatkuasakan pada akhir bulan Mac, mereka telah menerima beratus-ratus pertanyaan yang berkaitan dengan kabus di cermin mata akibat memakai pelitup muka, sehingga banyak yang memutuskan untuk beralih ke lensa akibat kesan itu..
Dalam pada itu, pakar permotoran UK Ranjen Gohri, menambah:
“Penyelidikan yang telah lama menunjukkan bahawa ada tahap kemampuan manusia untuk multitask seiring dengan peningkatan usia tetapi ia tak bermakna bahawa pemandu yang lebih tua lebih bagus berbanding orang yang lebih muda.”
“Namun, fokus mereka untukboleh terganggu jika melakukan dua tugas yang tidak terduga pada waktu yang sama.”
Tambahnya lagi, gangguan apa pun ketika memandu berpotensi menganggu konsentrasi dan prestasi pemanduan.