in

“Scalling ni buat gigi reput”- Dentist Ni Bongkar Mitos ‘Karut’ Pasal Scalling Gigi, Rupanya…

Feature Image Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Scalling gigi ni sebenarnya memang semua orang patut buat. Paling tidak pun 6 bulan sekali.


Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @aslamisme telah berkongsi mengenai scalling gigi.

Menurutnya scalling gigi adalalah untuk mengelakkan mulut daripada berbau. Karang gigi ni merupakan salah satu daripada punca utama mulut berbau selain daripda penyakit halitosis.

Karang gigi juga berpunca daripada makanan yang di makan pada setiap hari. Komponen-komponen dalam makanan tu menyebabkan terbentuknya karang gigi.

Gigi 1
Sumber: twitter

Tambahnya lagi, melakukan scalling gigi juga dapat menjimatkan kos di masa akan datang. Eh kenapa pula jimat kos?

Penjimatan kos adalah disebabkan kita tidak perlu mengeluarkan duit bagi rawatan lain untuk gigi jika kerap membuat scalling.

Disebalik itu, ada juga netizen yang bertanya mengenai keadaan gigi selepas membuat scalling.

“Betul ke buat scalling ni gigi reput?”

Tanya 1
Sumber: twitter

Namun persoalannya itu dijawab oleh seorang doktor gigi yang dikenali sebagai @RazznieR.

“Tidak sama sekali.”

“Gigi tidak akan reput dengan scaling.”

“Scaling cuma buang karang gigi je”

Ada juga netizen yang berasa takut dimana gigi yang telah di scalling akan menjadi terhakis dan tidak menjadi kuat.

Namun dentist itu sekali lagi menjawab persoalan itu dengan tenang. Katanya scaling ni dia guna machine ultrasonic vibration which dia cukup kuat untuk pecah kan karang gigi je. Tambahnya lagi gigi manusia lebih kuat daripada tulang.

Wuf Wuf
Sumber: twitter

 

Apa yang penting, scalling gigi tu memang bagus dan korang yang tak pernah buat tu boleh lah pergi cuba buat. Rasa bersih je gigi tu nanti.

 

Baca: “Kau mintak, kan dah mendapat! ” – Melawak Tak Kena Tempat, Lelaki Kacau Ular Sawa Kena Gigit Dekat Kepala!

Ular Gigi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.