Awal tahun 2021 ini, nama Janna Nick nampaknya sering menjadi perhatian di media sosial selepas pelakon ini dilihat telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang membuatkan netizen sering mengecamnya.
Antara kontroversi melibatkan Janna Nick ialah apabila dia memanggil seorang netizen ‘loser’ selepas bertikam lidah mengenai isu filem ‘The Purge’ di US.
https://twitter.com/jannanick95/status/1347150447019134976
Tak lama lepas itu, Janna muncul lagi dengan kontroversi lain apabila dia ditegur netizen kerana memaparkan adegan mesra didukung kekasih di Instagram pula.
https://www.instagram.com/p/CKI52GJjfDH/?utm_source=ig_embed
Pada ketika itu, Janna ternyata tidak kisah dengan apa segala kecaman yang diterimanya kerana perkara tersebut dianggap seperti asam garam dalam dunia hiburan.
“Sayalah loser itu” – Janna Nick
Walau bagaimanapun, menerusi satu posting di Instagram semalam, Janna telah membuat permohonan maaf secara terbuka atas segala perkara yang dilakukannya termasuklah bergaduh dengan netizen di media sosial.
Menurut Janna, dia berasa amat bersalah kerana telah memulakan tahun 2021 dengan perkara negatif dan mengakui dia tidak bijak dalam mengatasi masalah yang dihadapi dengan netizen.
Pada semua yang tengok video ni, pada semua yang sakit hati dengan Janna Nick, kita minta maaf sangat-sangat.
“Kita rasa kita mulakan 2021 ini dengan negatif, faham tak? Gaduh dengan netizen. Bodohnyalah aku ni. Saya mengaku saya bodoh tu. Saya mengaku saya loser. Saya tak patut pun bergaduh dengan netizen,” katanya.
Tambah Janna lagi, meskipun dia bergaduh dengan netizen, dia tidak sangka dan berasa sangat terharu kerana masih ramai peminat yang memberi sokongan atas drama lakonannya, Melastik Ke Hatimu yang kini semakin trending di media sosial.
“Bila korang support drama tu, trending kan drama tu… kita rasa macam sedih sangat. Aku ini gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang support aku.
“Tapi at the end of the day, korang jugak yang support drama Janna,” katanya lagi.
https://www.instagram.com/tv/CKwL3JqjBvy/?igshid=w07gmy7sfcq4
Di akhir video tersebut juga, Janna mengakui dia bersalah dalam membeza-bezakan pekerjaan seorang artis dan orang biasa. Menurutnya, dia akui artis juga seperti manusia lain dan membuat kesalahan.
Alolo cian Janna sampai menangis dia…
“Jangan menangis. Kita salah kita minta maaf”
Rata-rata netizen yang melihat posting Janna telah meninggalkan komen positif buat dirinya dan bangga dengan sikap Janna yang berani mengaku kesalahan.
Semua orang buat salah kan. Baguslah Janna minta maaf. Semoga tidak mengulangi kesilapan yang sama.