Sebelum ini, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pernikahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pasangannya, Ira Kazar. Pernikahan ini mendapat reaksi pelbagai daripada pihak keluarga Syamsul dan juga warganet.
Dalam satu kenyataan baharu, ibu kepada Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail berkata dia sedia memaafkan anaknya itu walaupun atas segala perbuatan yang telah dilakukan.
Bagaimanapun, isteri kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata, dia tidak akan dapat mengampunkan keluarga Ira Kazar kerana telah merosakkan rumah tangga menantunya, Puteri Sarah Liyana.
“Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!”, katanya kepada sumber.
Sambung Patimah, dia reda apabila Syamsul dilihat lebih sebelahkan keluarga Ira kazar yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi. Jelasnya, kali terakhir dia menghubungi Syamsul adalah ketika pengarah itu memaklumkan berkenaan pernikahannya bersama Ira Kazar pada bulan lalu.
“Dia hanya ada WhatsApp beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah,” katanya.
Untuk rekod, sebelum ini Patimah ada memuat naik hantaran di Instagram Story berkenaan rasa geramnya terhadap Ira Kazar yang disifatkan sebagai perampas kebahagiaan orang lain.
Kredit: Harian Metro
BACA: Ibu Syamsul Yusof Anggap Ira Kazar Wanita Kejam Sebab Rampas Bapa 2 Cucu?