in

“Saya tengah nikahkan orang ni”- Ramai Terhibur Aksi Spontan Kadi Masa Nikahkan Pasangan Ini

Fi Tok Kadi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi setiap pasangan pengantin, semestinya sesi akad nikah ni jadi momen paling ditunggu-tunggu sebab bakal disatukan secara sah.


Tapi kadang-kadang tu mesti ada juga pasangan, yang nervous dan takut kena kacau dengan Tok Kadi tu sendiri. Betul tak yang mana pernah lalui tu?

 

Baru nak nikah.. Telefon bunyi

Baru-baru ini tular di media sosial, apabila aksi seorang Tok Kadi di sebuah majlis akad nikah ni tarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, terlihat suasana di sebuah majlis akad nikah di Singapura. Tiba-tiba terdengar bunyi deringan telefon Tok Kadi memecahkan suasana semasa majlis nak bermula.

Namun apa yang paling kelakar, Tok Kadi berkenaan dengan selambanya angkat call depan para hadirin dan cakap pada mikrofon. Bukan tu saja, Tok Kadi tu sempat lagi berleter dekat orang yang call dia tu sebab rasakan waktu tu tak sesuai.

“Saya dengan pengantin..

“Nantilah malam 8 ke atas… Ni saya dengan pengantin” katanya.

Sehingga kini, video tersebut nyata menjadi perhatian ramai dan sehingga kini telah meraih lebih dari 50k tontonan.

@d_awra_bridal_singapore

Never call your kadi on a weekend! #bridal #kadi #nikah #fyp #viral #foryoupage #foryourpage #bloopers

♬ original sound – D’Awra Bridal Singap – D’Awra Bridal Singap

 

“My fav tok kadi!” 

Di ruangan komen, nyata momen itu menjadi bualan ramai. Ada yang menyatakan bahawa aksi Tok Kadi itu sangat rare sebab jarang dilihat. Selain itu, ramai juga yang berkongsikan kisah mereka ketika sesi akad nikah mereka dahulu.

Reak Tok Kadi 1 Edit Reak Tok Kadi 3 Edit Reak Tok Kadi 4 Edit

Reak Tok Kadi 2 Edit

 

Best juga sebenarnya ada Tok Kadi macam ni. Tak adalah nervous sangat pasangan pengantin tu nanti.

 

Baca : “Esok demam sama2, so sweet” –  [VIDEO] Viral! Bakal Pengantin Pergi Cucuk Vaksin Sebelum Akad Nikah

Foot Tok Kadi

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.