in

“Saya tanya je…” – Aeril Zafrel Dikecam Lepas Komen Di FB Ustaz Kazim Minta Tolong Ubatkan Penyakit Misteri

Page Duke

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti ramai yang sedia maklum, penceramah bebas di Malaysia iaitu Dato’ Ustaz Kazim Elias atau mesra dikenali sebagai DUKE telah menghidap penyakit misteri sehingga segala pergerakan dan aktiviti dakwahnya terbatas.


Terbaru, semalam kecoh di media sosial apabila DUKE berkongsikan keadaan kulit di tangannya yang dipercayai kesan penyakit misteri di Facebook dengan kapsyen meminta bantuan orang ramai untuk mengubati dirinya.

Sapa2 yg boleh tolong ubatkan sy.. tolonglah. Berat mata memandang berat lg bahu yg menanggung. Pd Allah kita berserah.

Posted by Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias on Wednesday, May 18, 2022

Perkongsiannya itu telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata mendoakan kesihatan DUKE supaya dapat kembali sembuh seperti sediakala malah tak kurang juga yang memberi cadangan untuk dia melakukan rawatan lain.

“Shooting kan ni ustaz?”

Namun, dalam 34K ribu komen yang ditulis, komen yang ditulis oleh pelakon Aeril Zafrel telah menerima kecaman hebat sampai menjadi perdebatan di antara netizen kerana komennya dikatakan tidak bersimpati dengan keadaan DUKE.

 

Sedar dirinya menjadi perbualan netizen, Aeril Zafrel turut memuat naik satu status di Facebook miliknya dengan mengatakan bahawa komen yang ditulis itu merupakan soalan yang diajukan kerana dia sudah bertanya sendiri dengan DUKE sebelum itu.

Ini kerana dari sudut pandangan suami kepada pelakon, Wawa Zainal itu, kesan sakit kulit itu kelihatan seperti ‘makeup effect’ dan dia juga menegaskan bahawa dia sedia maklum dengan keadaan DUKE yang sakit kerana terkena buatan orang.

tadi ada tanya Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias sebab tangan dia tu. iya memang saya tahu ustaz tengah sakit kena buatan org…

Posted by Aeril Zafrel on Wednesday, May 18, 2022

“Saya malu, saya rasa rendah diri sangat”

Kurang dari 24 jam, DUKE memuat naik gambar sebenar keadaan mukanya yang semakin teruk sejak mengalami sakit kulit misteri lapan bulan lalu walaupun telah menjalani beberapa rawatan secara moden dan juga tradisional.

DUKE turut menjelaskan di bahagian kapsyen bahawa hampir semua bahagian tubuhnya mengalami kesan yang sama. Disebabkan itu, dia memuat naik gambar tangannya dengan kesan khas sebagai ‘kiasan’ atau gambaran sebenar keadaan dirinya.

Terima kasih atas ribuan yg komen.Selama ni sy simpan keadaan diri sy tetapi selepas berusaha mendapat rawatan moden…

Posted by Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias on Wednesday, May 18, 2022

Penceramah itu juga meluahkan rasa berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan dirinya malah dia juga mengatakan bahawa sakit yang dialami bukanlah penghalang untuk mengadakan ceramah agama.

Allahu, makin sedih min tengok keadaan DUKE ni. Sama-sama kita doakan kesihatan Ustaz Kazim ni makin pulih ya? Amin…

Baca: “Cakap tentang Tangmo lebih banyak daripada Ramadan” – [VIDEO] Ustaz Kazim Elias Tegur Netizen Melebih-lebih

Untitled 1 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.