in

“Saya taknak aibkan sesiapa” – Aaron Aziz Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof?

Original Gangster Aaron Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sudah tahu, pengarah tersohor tempatan Syamsul Yusof kini dalam pembikinan filem aksi terbaru yang diberi tajuk The Original Gangster.


Menurut laman Instagram miliknya, filem berkenaan merupakan buah tangan sulung dari syarikat produksinya sendiri dan ia merupakan filem gangster Malaysia moden yang paling mahal diterbitkan.

Filem The Original Gangster ini dibarisi pelakon-pelakon hebat termasuklah Aaron Aziz, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahamd serta pelakon dari Indonesia, Yayan Ruhian.

Namun, baru-baru ini Aaron Aziz mengumumkan beliau tidak lagi akan terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

Menurut Astro AWANI, pelakon hebat itu mengatakan dia tidak menarik diri namun dibuang oleh produksi filem tersebut.

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” katanya.

Bagaimanapun, Aaron Aziz memilih untuk tidak mendedahkan punca mengapa dirinya dibuang dari produksi filem tersebut kerana enggan membuka aib mana-mana pihak.

Sementara itu, Aaron memberitahu kini beliau sedang membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production yang diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem tersebut turut dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle.

Hmm, harap okay je lah semua…

Baca: [VIDEO] “Ingat aku ni kafir ke apa?” – Aaron Aziz Perjelas ‘Tatu’ Didakwa Ada Bentuk Salib

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.