in

“Saya tak tahu dia masih hidup ke tak” – Etnik Uighur Bimbang, China Bagi Alasan Coronavirus Atas Kematian Dalam Kem Tahanan.

Uighur

Ahli keluarga tahanan etnik Uighr yang terperangkap dalam kem berkata mereka kini sekarang dalam ketakutan jika kerajaan dari negara tersebut gunakan alasan Coronavirus sebab nak coverline jadi punca kematian orang tersayang mereka.

 

Kuarantin rakyat, tapi kem tak tutup

Pri 133383971

Sebelum ini, lebih daripada sejuta golongan dari etnik Uighur dikhabarkan telah menjadi tahanan di Xinjiang dengan tujuan untuk menyekat populasi etnik itu terus berkembang di negara tersebut.

Kerajaan China bagaimanapun telah menegaskan bahawa kem-kem itu direka untuk membuat ‘didikan semula’, pada bulan Disember lalu, seorang pegawai kanan mendakwa semua tahanan telah ‘tamat pengajian’.

Namun aktivis mengatakan tidak ada bukti kukuh yang menyokong hal ini. Tambahnya lagi, ada dakwaan daripada pelarian dari kem tersebut menceritakan mereka didera, secara fizikal dan mental bahkan ada yang menjadi eksperimen dadah.

Berikutan dengan kenyataan pihak berkuasa yang mengesahkan wabak itu telah merebak ke wilayah Xinjiang, ramai ahli keluarga daripada tahanan tersebut jadi bimbang dengan nasib orang tersayang mereka.

Dengan tempat yang terlalu padat dan tahap kebersihan yang teruk di kem-kem boleh mengakibatkan epidemik itu. 

Kebimbangannya makin bertambah apabila muncul difikiran bahawa kerajaan mungkin menggunakan coronavirus sebagai alasan untuk mereka selindung perbuatan kejam.

Tak tahu masih hidup atau sudah meninggal dunia

Pri 133383970

Salah seorang ahli keluarga tahanan Bahram K. Sintash menzahirkan rasa bimbang sebab bingung samada ayahnya  Qurban Mamut yang berada disana sejak tahun 2018 masih hidup atau pun sudah meninggal dunia.

Aktivis Uighur, yang menetap di Washington DC masih belum ada peluang untuk bercakap dengan  ahli keluarganya selama 2 tahun selepas kerajaan China menyekat semua platform komunikasi, dia selalu tersedar dari tidur sambil menangis sebab dihantui mimpi ngeri ayahnya dipukul oleh pengawal.

Pri 133375047 E1580988719367

Malah, rasa teruk itu makin terganggu sejak penularan coronavirus yang telah membunuh 618 orang dan dijangkiti lebih daripada 24,000 orang.

Lapor Metro.Co.Uk lagi, mereka bimbang jika Coronavirus ini hanya sekadar alasan kematian mereka disana sebab nak selindung perbuatan kejam mereka.

Virus baru ini sepertinya membenarkan pembunuhan beberapa tahanan di dalam kem itu supaya mereka boleh berkata “bukan kita, itu adalah penyakit yang membunuh orang”.

Saya takut ini dengan apa yang berlaku, saya takut mereka menggunakan alasan ini untuk selindung perbuatan jenayah mereka di sana. Media antarabangsa perlu memberi perhatian lebih kepada kem-kem tahanan. Sebilangan besar media melaporkan mengenai coronavirus tetapi mereka melupakan Uighur. “

Menurut Bahram lagi, orang disana sangat mudah meninggal dunia berbanding penyebaran virus. Dia juga turut mempertikaikan kenapa kerajaan China sanggup kuarantin 50 juta rakyat mereka tetapi kem tahanan itu tidak ditutup.

 

Baca : “Kami tak bodoh! – China Tunjuk Video Konon Uighur di Kem Xinjiang ‘Happy’, Tapi Netizen Tetap Kecam Sebab…

Kem