in

“Saya tak sekejam itu” – Khai Bahar Tampil Perjelas Dakwaan Mainkan Hati Wanita

Ft Khai Bahar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, telah tular sebuah ciapan di Twitter, dimuat naik oleh seorang wanita yang mendakwa penyanyi, Khai Bahar telah mempermainkan hati rakannnya.


Tidak mahu isu tersebut berlarutan, Khai terus menghubungi individu terbabit sebaik sahaja dia mengetahui tentang isu tersebut.

Khai turut memberitahu, perkara yang berlaku ini dianggap sebagai lumrah seorang selebriti dan dia merasakan isu yang terpalit kepada dirinya itu bukan salahnya.

“Sebagai tuan badan yang terlibat dengan isu seperti ini dan rasa itu bukan salah saya. Saya terus ambil tindakan menghubungi individu tersebut. Saya tanya dan selesaikan dengan baik, bila dah selesai dia pun ambil langkah padam semula ciapan tersebut,” katanya.

Screenshot 2023 03 16 140710

Susulan kejadian tersebut, Khai akui pada awalnya dia terkejut dengan khabar tersebut namun, dia bertegas dirinya tidak sekejam yang didakwa oleh individu terbabit.

Pada masa yang sama, Khai berkata dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku sekali gus menganggap ini semua ujian yang harus ditempuh sebagai anak seni.

“Bila dah jadi macam ini, saya pun keliru. Saya tak sekejam itu. Saya pun ada hati dan perasaan macam orang lain,” jelas Khai.

Khai juga akui bahawa dirinya adalah seseorang yang cepat mesra, tidak memilih dan berkawan dengan semua orang yang mungkin menyebabkan ramai rasa terlalu selesa dengannya sehingga tercetus kontroversi seperti ini.

Dia juga menerima teguran daripada beberapa pihak mengenai sikap dirinya yang mudah mesra dengan semua orang.

“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memandangkan dapat teguran daripada rakan-rakan dan keluarga agar tidak terlalu berkata-kata manis dengan semua orang,” ujarnya.

Haa ni akhirnya kita dapat pun jawapan dari tuan badan..

Sumber : mStar, Kosmo!

Baca : Muat Naik Foto Bersama Aliff Aziz, Bella Astillah Perjelas Hubungan Dengan Suami

Bella Astillah Aliff Aziz Suami Isteri 728X383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.