Benda-benda macam ni yang buat admin takut nak marah orang jual makanan. Kalau dorang dah marah mulalah nak ludah dalam makananlah letak kahaklah lepastu kita yang tak tahu apa-apa ni pergi makan macam biasa. Eee gelinyaaa
Sama macam lelaki ni, padahal dia teman kawan hantar makanan je tapi sebab tak puas hati customer malang tu bagi tip 89 sen dekat kawannya, dia pergi cicah ‘telo’ dia dalam sos customer. Jap admin nak muntah.
“Oh nikmatnya…”
Cerita dia macam ni, menurut DailyMail, Howard Matthew Webb menemani kawan perempuannya yang bekerja dengan servis penghantaran online untuk deliver makanan dari restoran makanan Mexico di Maryville, AS.
Dalam perjalanan mereka, Howard buat keputusan untuk masukkan buah zakarnya ke dalam sos salsa pelanggan tersebut untuk ‘balas dendam’ kerana pelanggan ini hanya beri tip 89 sen untuk perjalanan sejauh 30 minit.
Nak dijadikan cerita, kawan Howard telah merakam insiden ini dan muatnaik video tersebut ke media sosial.
Dalam video ini, korang boleh dengar kawan Howard ni gelak sambil tengok Howard masukkan buah zakar dalam sos customer itu.
“Ini yang kau dapat kalau kau bagi tip 89 sen untuk perjalanan hampir 30 minit.”
Howard kemudian membalas rakannya dengan berkata, “oh nikmatnya rasa dia atas aku punya (buah zakar).”
“Saya tak rasa benda ni kelakar atau cute.”
Semalang-malang nasib pelanggan tersebut, malang lagi nasib Howard, bila dia ditahan lepas video tersebut viral di media sosial.
Howard telah dijatuhkan hukuman penjara 9 hari dan tempoh percubaan selama 60 hari serta perlu menghadiri 90 hari sesi pemulihan alkohol dan dadah selepas pendakwaraya bersetuju untuk ringankan hukumannya.
Bagaimanapun, perjanjian ini hampir dibatalkan selepas Howard dengan beraninya gelak semasa hukuman dijatuhkan. Tindakannya ini mengundang kemarahan hakim.
“Saya tak rasa benda ni kelakar atau cute. Tindakan awak ini menjijikkan.”
Howard pada asalnya didakwa dengan jenayah Class C tapi sebagai sebahagian dari perjanjian ia telah dikurangkan kepada salah laku. Manakala rakannya, telah diberhentikan kerja.
Tak baik tau aniaya orang macam ni. Jujurlah sikit, bukannya customer tu tak bayar pun.
Baca: “Saya rasa nak muntah” Jijik, Lelaki Tergigit Gigi Orang Lain Dalam Makanan Pesawat