in

“Saya tak maafkan. Berdoa pelaku hidup tidak tenteram setiap saat” – Bapa Zayn Rayyan

Zayn Rayyan Bapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan yang ditemukan meninggal dunia berdekatan Apartmen Idaman, Damansara pada 6 Disember lalu tidak akan memaafkan pelaku.

Meskipun sudah sebulan berlalu, Zaim Ikhwan Zahari dan isteri, Ismanira Abdul Manaf, masih terkesan dengan kejadian yang menimpa anak sulung mereka itu.


“Saya tidak akan memaafkan individu yang memperlakukan (menyebabkan kematian) arwah anak saya.

“Saya cuma berdoa supaya pelaku hidup dalam keadaan tidak tenteram setiap saat,” kata bapa mangsa.

Whatsapp Image 2023 12 10 At 10.19.59 780X470 1

Artikel berkaitan: “Rindunya mommy dekat abang” – Kongsi Gambar Ziarah Kubur, Ibu Zayn Rayyan Luah Rasa Rindu

Zaim juga tidak memaafkan individu yang melindungi pelaku atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tetapi tidak tampil untuk memberi keterangan disebabkan tidak mahu terlibat.

Sementara itu, Zaim berkata, dia menyerahkan siasatan kes anaknya itu kepada pihak polis dan percaya polis akan menahan pelaku kelak.

Dalam pada itu, dia berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan berterusan melemparkan fitnah atau mengecam ahli keluarganya di media sosial.

Keyboard warrior di media sosial yang melemparkan tuduhan, fitnah dan mengecam kami termasuk arwah anak saya, akan merasai juga kehilangan dianiaya orang tidak berhati perut seperti kes anak saya ini,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menjelaskan, polis akan menggunakan maklumat risikan yang sedia ada bagi memulakan tangkapan terhadap individu yang mempunyai kebarangkalian tinggi suspek kes pembunuhan Zayn Rayyan.

Menurut pihaknya, siasatan kes tersebut sudah mencapai 90 peratus membabitkan segala jenis bentuk siasatan termasuk saintifik dan konvensional.

Semoga suspek dapat ditangkap cepat!

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.