in

“Saya tak layak menerima bayaran ini” – Pergi Kursus Ke Singapura, Syed Saddiq Serah Gaji Bulan Ini Kepada Rakyat Muar

Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bakal menjalani Kursus Eksekutif dalam jurusan Polisi Awam di Universiti Nasional Singapura (NUS)  selama sebulan, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyerahkan gajinya bulan ini sebagai wakil rakyat itu kepada orang Muar.


 

Saya bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar – Syed Saddiq

Katanya, kursus yang diikuti sejak September tahun lalu itu memerlukan dirinya untuk hadir ke kelas secara fizikal setelah ia dijalankan secara atas talian.

“Alhamdulillah, saya ke Singapura untuk menghabiskan pengajian saya di NUS dalam Polisi Awam Sekolah Lee Kuan Yew dengan biasiswa penuh.

“Sebelum ini kelas semua dibuat secara atas talian tetapi kali ini saya perlu masuk kelas secara fizikal di Singapura. Saya akan berada di sana selama sebulan, bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar,”

Oleh sebab itu, bekas Menteri Belia dan Sukan ini merasakan bahawa dirinya tidak layak menerima gaji bulan Mac 2021 ini memandangkan dirinya sedang belajar.

“Saya tak layak menerima bayaran ini semasa saya dalam tempoh pengajian penuh di sana. Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat.

“Saya harap pengajian saya dalam bidang Polisi Awam ini dapat menjadikan saya sebagai Ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya.

Will be in Singapore for a month to finish my studies at NUS Lee Kuan Yew School of Public Policy.I'll be donating my…

Posted by Syed Saddiq Syed Abdul Rahman on Sunday, March 7, 2021

Tambahnya, sejak pengisytiharan darurat, team Muar telah berjaya bantu lebih 765 buah keluarga terima laptop dan tablet, 5500 buah keluarga terima bantuan Food Bank dan 150 pelajar mendapat bantuan Dermasiswa Harapan Muar.

Walaubagaimanapun, sepanjang di Singapura, usaha ini tetap akan diteruskan oleh anggota lain di Muar.

 

Baca : “Saya dah give up tunggu” – Syed Saddiq Tuntut Janji Kerajaan Beri Pelajar Gajet Percuma, Ada ‘Parents’ Terdesak Pinjam Ahlong

Capture 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.