in

“Saya sudah hilang semuanya” – Zaiton Sameon Kini Pemegang Kad OKU Selepas 32 Tahun Terlibat Kemalangan Ngeri

Uoipl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkenal menerusi lagu Menaruh Harapan, penyanyi Zaiton Sameon kini pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Menurut Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Che Samsuzuki Che Noh mengatakan bahawa Zaiton menerima kelayakan bagi OKU fizikal selepas disahkan doktor mengalami keadaan traumatic brain injuries atau trauma kecederaan otak.

Untuk pengetahuan korang, status OKU bukan hanya diberikan kepada individu yang mempunyai kecacatan fizikal malah sesiapa yang mempunya masalah ingatan juga boleh memohon.

Zaiton Sameon bersyukur terima kad OKU, boleh mohon rumah

Menurut mStar, Zaiton Sameon meluahkan rasa syukur kerana menerima kad berkenaan dan membolehkannya memohon untuk rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang sebelum ini dia sering gagal sebab tiada pendapatan tetap.

“Kini, saya kena bayar rumah sewa RM800 di Bukit Indah, Ampang. Alhamdulillah, dengan adanya kad ini, saya berpeluang memohon PPR dan mempunyai rumah sendiri.”

Zaiton juga difahamkan masih tinggal bersama anak angkatnya iaitu Che Sikah Ismail sejak 11 tahun lalu. Dia juga mengakui tidak mempunyai sesiapa lagi dan tidak mahu membebankan adik-beradiknya yang sudah mempunyai karier hidup masing-masing.

Screenshot 2022 11 15 At 2.13.21 Pm

“Saya sudah hilang semuanya…Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak dan ibu bapa. Walaupun saya mempunyai adik-beradik, tetapi saya tidak mahu menganggu mereka. Kini saya tinggal bersama anak angkat. Kami bertemu pada 2010 di Johor Bahru ketika saya menyanyi di sebuah restoran. Kebetulan, Ikah juga anak yatim piatu, jadi dia memanggil saya ibu.”

Segala kebajikan dan urusan undangan nyanyian Zaiton juga difahamkan telah diuruskan oleh Che Sikah.

Pada 1990, industri hiburan pernah digemparkan dengan berita kemalangan ngeri melibatkan Zaiton dan anak lelakinya iaitu Allahyarham Azirwan Abu Bakar yang dilaporkan maut di tempat kejadian.

Screenshot 2022 11 15 At 2.13.29 Pm

Akibat insiden itu, Zaiton mengalami gangguan emosi yang teruk selain masalah hilang ingatan, dan turut mendiam dalam industri muzik pada 32 tahun lepas.

Semoga Zaiton Sameon dipermudahkan urusan…

Baca: “Dalam banjir pun onz!” – [VIDEO] Netizen Puji Penyanyi Zaiton Sameon Posing Ala MV Ketika Banjir!

Screenshot 2022 11 15 At 2.51.54 Pm

 

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.