in

“Saya sihat, jangan takut dengan Covid-19” – Donald Trump Dibenar Keluar Hospital Lepas 3 Hari Rawatan

Aa 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada Jumaat minggu lalu, satu dunia digemparkan dengan berita Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama isterinya Melania Trump disahkan positif Covid-19.


Terbaru, beliau yang menerima rawatan di Hospital Tentera Walter Reed, Maryland itu dibenarkan untuk keluar hospital selepas menerima rawatan selama tiga hari.

Makluman yang mengejutkan itu telah diberitahu oleh Trump menerusi Twitter peribadinya.

Trump dimaklumkan meninggalkan pekarangan hospital pada kira-kira pukul 7 petang waktu tempatan dengan menggunakan khidmat helikopter presiden Marine One untuk ke White House.

 

Jangan takut dengan Covid-19

Pada masa yang sama, Trump memberitahu dia berasa sangat sihat dan sempat berpesan supaya tidak takut dengan jangkitan COVID-19.

Namun, kenyataan itu dikecam oleh netizen dan menganggap Trump tidak sensitif dengan keadaan semasa lebih-lebih lagi apabila Amerika Syarikat menjadi negara yang mencatatkan kes positif Covid-19 antara yang tertinggi di dunia.

A 1

Adalah tidak bertanggungjawab bagi Presiden Amerika Syarikat menggunakan pengalamannya dengan COVID-19 dan memperluas pengalaman itu kepada berjuta-juta orang yang menderita. Lebih daripada 200,000 orang Amerika telah mati.

 

A1

“Jangan takut dengan Covid. Jangan biarkan ia menguasai hidup anda.” Ini menjijikkan dan tidak hormat kepada 210 ribu orang Amerika yang meninggal dunia dari COVID19 kerana pembohongan, penipuan, ketidakcekapan dan kecuaian Donald Trump.

 

Baca: TERKINI: Donald Trump, Isteri SAH Positif Covid-19

Capture 9

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.