Tragedi yang menimpa pemain sayap skuad Harimau Malaya, Faisal Halim mengejutkan rakyat Malaysia.
Meskipun banyak teori berlegar berkenaan dalang tragedi tersebut namun ianya masih lagi dalam siasatan polis.
Artikel berkaitan: “Sepatutnya 9 pembedahan tapi..” – Luka Faisal Halim Belum Kering, Tunjuk Perkembangan Positif
Artikel berkaitan: “Apa kena-mengena?” – Dituduh ‘Mastermind’ Kes Simbah Asid Faisal Halim, Ini Respon TMJ
Hari ini, Faisal Halim atau juga dikenali sebagai Mickey membuat penampilan sulung dalam satu sidang media yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
“Saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, asalkan saya dan keluarga selamat” – Faisal Halim#AWANInews pic.twitter.com/n6yQ78cR3T
— Astro AWANI (@501Awani) June 13, 2024
Dalam sidang media itu, kelihatan keadaan Faisal Halim semakin baik namun bahagian muka serta lengannya dipenuhi dengan parut akibat simbahan asid tersebut.
Faisal yang juga bintang Selangor FC itu dengan penuh hiba memberitahu dia sanggup kehilangan gaji berpuluh ribu yang diperolehinya daripada menjadi pemain bola sepak asalkan dia dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.
“Saya cakap kepada isteri serta keluarga saya, saya tak kisah saya sanggup hilang gaji berpuluh ribu, saya nak balik kampung hidup tenang.
Walaupun gaji sehari 50-100 janji keluarga selamat, saya tak perlu hidup dalam ketakutan,” luahnya.
Dalam pada itu, Faisal memberitahu dia yakin dengan keselamatan yang dijanjikan dengan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato’ Sri Shahril serta menghargai suntikan semangat daripadanya dan semua yang mendoakan kesihatannya.
Sama-sama kita doakan Faisal dapat kembali beraksi…
Sumber: Astro AWANI