in

“Saya pinjam telefon isteri” – Pierre Andre 10 Tahun Tak Guna Telefon Bimbit

Untitled Design 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini, siapa sahaja yang tidak memiliki atau menggunakan telefon pintar kan? Apatah lagi masa kini banyak aplikasi pembayaran serta servis penghantaran yang menggunakan telefon pintar.


Pelakon serta pengarah terkenal iaitu Pierre Andre berkongsi dia sudah 10 tahun tidak menggunakan sebarang peranti kerana mahu mengelakkan tekanan hidup.

Artikel berkaitan: “Dia biar anak saya sorang-sorang” –  Elvina Mohamad Berang ‘Bibik’ Cabut Lari, Rembat Telefon

Artikel berkaitan: 8 Siri TV Melayu Popular & Legend Yang Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia Sekitar Tahun 2000-an

Pierre Andre

Menurut laporan Kosmo!, Pierre atau nama penuhnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre berkata semua urusan termasuk berkaitan kerjaya boleh berhubung terus dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim.

“Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri.

Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.

Malah, Pierre yang juga pelakon drama siri Dunia Baru itu berkata dia banyak mengetahui tentang isu semasa menerusi telefon isterinya.

“Bukan saya tidak mahu berhubung dunia luar tetapi mahu beri peluang kepada budak baru.

Saya pula jenis family man. Sekarang tinggal anak beberapa jam, saya mula merindu mereka,” jelasnya lagi.

Sebagai info, sebelum ini Pierre dilihat menyepi dari industri perfileman dan ianya menimbulkan pertanyaan ramai, bagaimanapun, dia kini kembali mengarahkan filem sekuel seram berjudul Jangan Pandang Belakang 2 “Aku Tahu Asal Usulmu”.

Sumber: Kosmo!

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.