Pembantu rumah ini biasanya diambil kerja bagi membantu meringankan kerja-kerja rumah lebih-lebih lagi jika ibu serta bapa bekerja sepenuh masa. Di Malaysia, pembantu rumah biasanya dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.
Meskipun ramai pembantu rumah yang menjalankan tugas dengan baik, namun ada juga yang tidak ikhlas dan tidak amanah dalam bekerja.
Artikel berkaitan: “Tak pernah sambut birthday” – Bibik Menangis Dapat Kejutan Ulang Tahun Daripada Majikan
Artikel berkaitan: Vokalis Kumpulan Terkenal Didakwa Arah Pembantu Rumah Culik Anak?
Terbaru, pembantu rumah pelakon ternama Elvina Mohamad didakwa telah lari daripada rumah malah mencuri telefon bimbit milik anaknya.
“Geram betul rasanya. Pernah dengar dia tanya kata laluan telefon Karl (anak) untuk bantu buka. Rupa-rupanya sudah ada agenda. Dalam rumah ini ada dua orang pembantu rumah. Tugas dia hanya jaga dan basuh baju Maleeq (anak) sahaja.
Kerja dia tak berat pun. Bila saya tiada di rumah dan periksa CCTV (kamera litar tertutup) dia sibuk berkaraoke, main TikTok dan main telefon. Anak dibiarkan sendiri. Apabila ditegur barulah dia buat kerja tetapi mata jeling CCTV,” katanya.
Lebih merisaukan, Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad berkata wanita warga Indonesia berusia 39 tahun itu turut membiarkan anaknya yang berusia 9 bulan bersendirian ketika dia ‘cabut lari’ dari rumah itu.
Lebih menyedihkan, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu juga berkata sebelum ini dia dan suami sentiasa menjaga kebajikan pembantu rumahnya itu sehinggakan sambutan hari jadinya juga pernah disambut bersama keluarga itu.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Elvina berkenaan isu ini.
Sumber: Instagram