in

“Saya perlukan buah pinggang baru…” – Scam Wanita Dengan Kisah Sedih, Lelaki Berjaya Kumpul Hampir RM1 Juta!

Paul7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahu kaya tapi malas bekerja. Itulah yang boleh digambarkan mengenai kisah lelaki tak guna ini.


Dengan bermodalkan kisah sedih, seorang lelaki di United Kingdom berjaya peroleh hampir RM1 juta kerana berjaya menipu ramai wanita di aplikasi Tinder.

Saya perlukan buah pinggang baru tapi tak ada duit…”

Mungkin begitulah permulaan penipuan terhadap kesemua wanita yang diperdaya.

Lelaki ini tanpa rasa bersalah dan malu, memperdaya wanita-wanita naive tersebut. Bukan sahaja dia meminta wang dari mereka malahan dia juga membuat pinjaman peribadi dengan menggunakan nama mereka!

 

Paul Simon Gillet

Paul, berusia 30 tahun, berjaya mengumpulkan duit haramnya hampir sejuta ringgit iaitu sebanyak RM857,605! (158,000 Pound Sterling)

Salah seorang mangsa, Rebecca Rouse mendakwa kerugian RM16,283 ditipu Paul. Rebecca dikatakan terpedaya dengan kisah sedihnya dan memberikan wang berjumlah 3,000 Pound Sterling.

Ini Rebecca & Paul

Paul1

Tak terhenti di situ, Paul telah memilih mangsa barunya, seorang ibu yang mempunyai anak satu. Nasib wanita ini lebih malang.

Dia kemudian memperoleh sejumlah wang dengan menggunakan nama wanita itu untuk mendapatkan pinjaman kewangan.

Selain itu, dia berjaya memujuk wanita itu membuat pinjaman bagi membayar wang pendahuluan rumah mereka.

Kemudian, dia cuba mendapatkan pinjaman lebih 41,000 Pound Sterling (kira-kira RM222,543) dengan menggunakan maklumat peribadi wanita itu.

Gilet juga menipu mangsa dengan mengatakan buah pinggangnya bermasalah dan perlu segera menjalani pemindahan organ.

Akibat ditipu, wanita terbabit terpaksa hidup dalam ketakutan kerana dikejar pemiutang sehingga dia bimbang untuk menjawab panggilan telefon dan membuka pintu rumah. – Harian Metro

Sifatnya yang mementingkan diri dan tiada rasa simpati sangat menjijikkan.

Hakim Huw Rees berkata, perbuatannya telah memberikan kesan buruk terhadap emosi wanita berkenaan.

Kamu lelaki yang betul-betul tidak jujur. Kamu seakan-akan menjadikan ini (menipu) sebagai pekerjaan untuk memperdaya dan menipu orang tak bersalah.”

Paul kini sedang menjalani hukuman penjara selama empat tahun.

 

Baca : Emas Tak Dapat, RM 1 Juta Pula ‘Hangus’, Warga Emas Kena ‘Scam’ Dalam Pelaburan Emas

Ft Scam Final

Sumber: Mirror

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.