Salah seorang aktivis yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Farah Lee atau nama penuhnya, Nurfarahin Romli, 36, berkongsi perspektifnya sebagai seorang ibu dan wanita tentang keperluan menyertai flotila ke Gaza baru-baru ini.
Menerusi temubual dengan Astro AWANI, Farah berkata, sebagai seorang ibu, beliau berasa penting untuk menghentikan genosida yang sedang berlaku di Gaza ketika ini kerana dia tidak mahu anaknya hidup di dalam dunia yang mana membenarkan pembunuhan berlaku.
Ada orang kata, kau kalau dah ada anak, dah ada suami tak perlulah pergi. Kenapa kau kena pergi?
“Saya pergi kerana anak saya. Saya pergi kerana memikirkan saya tak nak anak saya hidup dalam dunia yang membenarkan pembunuhan dan serangan-serangan terhadap kawan-kawannya sendiri.
“Anak saya Alhamdulillah diberi pendedahan tentang kemanusiaan,” kata Farah.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Saya bersedia” – Farah Lee Kongsi Video Persediaan Sebelum Ditahan Oleh Tentera Isr*el
Artikel berkaitan: “Jangan risaukan kami, doakan rakyat Gaza” – Farah Lee Jelaskan Keadaan Kembali Terkawal
Anaknya, Maream Esabel juga difahamkan pernah dibawa menyertai misi-misi kemanusiaan sebelum ini bersama Farah.
Satu momen saya tanya dia, bila dia rasa takut kapal saya didatangi dron dan diserang.
“Saya muat naik pengalaman itu di media sosial dan anak saya tengok dan dia WhatsApp dia cakap, ‘I saw your Instagram about the dron attack, I was very scared. But Alhamdulillah you’re safe’,” cerita Farah lagi.
Namun bila tanya sama ada anaknya mahu dia kembali ke Malaysia, anaknya mengatakan yang dia memang mahukan ibunya kembali kerana risau akan keadaan Farah tetapi anaknya juga mahu wanita ini teruskan misi kerana mahu orang Palestin dibantu.
Perlukah wanita pergi, perlukah anak-anak muda pergi? Perlu kerana ini pencetus inspirasi kepada mereka yang mungkin kapasitinya hanya ada di Malaysia,” katanya.
Tambahnya lagi, kepada mereka yang mempunyai kapasiti yang terbatas, gunakanlah apa sahaja kelebihan yang mereka ada untuk menyuarakan apa yang sedang berlaku di Palestin ketika ini.
Terdahulu, Farah Lee antara salah seorang daripada 23 peserta GSF dari Malaysia yang telah ditahan tentera Zionis Israel pada 2 Oktober lalu sebelum dibebaskan atas usaha keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Turkiye.
Sumber: Astro AWANI